Kalau sebut saja Nasi Lemak Village Park Damansara, ramai yang terus terbayang ayam goreng berempah rangup dan nasi lemak harum yang jadi bualan satu Lembah Klang.

Restoran ini memang legend, malah mampu menjual 10,000 bungkus nasi lemak setiap hari dan mengekalkan keaslian makanan tempatan.

Baca Juga: Dulu Digelar Jambatan Ikonik, Kini Nasi Lemak Tamparuli Terus Jadi Kegemaran di USJ

Rahsia Nasi Lemak Village Park Jadi Pilihan

Nasi Lemak Village Park

Ketika baru dibuka, Village Park sebenarnya lebih dikenali dengan sarapan klasik seperti roti bakar, mi goreng, telur separuh masak, kopi, teh tarik dan kuih-muih Nyonya. Nasi lemak ketika itu masih melalui banyak percubaan.

Namun, tak sangka nasi lemak itulah yang akhirnya menjadi bintang utama dan melonjakkan nama Village Park sehingga sekarang.

Village Park Terkenal Dengan Ayam Goreng Berempah & Nasi

Nasi Lemak Village Park

Apa yang buat Village Park lain daripada yang lain ialah ayam goreng berempah mereka. Hanya potongan whole leg atau “L” dipilih supaya mudah diperap dan hasilnya rangup di luar tetapi lembut berjus di dalam.

Nasinya pula dimasak dengan santan segar menggunakan campuran beras basmati dan beras biasa. Hasilnya setiap butir nasi tidak melekat, ringan, cukup lemak dan harum. Bila digabung dengan sambal padu, memang susah nak lawan.

Servis pantas, suasana mesra

Selain makanan, ramai suka datang ke sini kerana servis pantas dan suasana mesra. Walaupun pelanggan sentiasa penuh, kualiti hidangan tetap konsisten.

Pemiliknya, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah bersama isteri, Datin Seri Aishah Chong, percaya bahawa harga yang berpatutan dan layanan baik menjadikan Village Park tempat berkumpul semua golongan masyarakat.

Kenapa tak francais?

Buat masa ini, Village Park tidak bercadang untuk membuka francais. Bagi pemiliknya, mengekalkan kawalan kualiti lebih penting berbanding mengejar jumlah cawangan.

Mereka lebih selesa memberi fokus pada restoran sedia ada dan mungkin akan membesarkan ruang pada masa depan.

Raih pengiktirafan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyResipi (@myresipi)

Dedikasi inilah yang menjadikan Village Park bukan sekadar laris, malah pernah meraih anugerah berprestij seperti Best of the Best, GrabFood 5-Star Awards 2024.

Lebih membanggakan, nasi lemak ini juga berjaya tersenarai dalam lima teratas Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang menerusi kempen Makan Sini Best.

Tak hairanlah, kalau anda tanya mana port nasi lemak wajib cuba, nama Village Park Damansara pasti akan naik dalam senarai teratas.

Jom undi Nasi Lemak Village Park

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik sekitar Lembah Klang.

Berbeza daripada pertandingan biasa, pemenang akan ditentukan oleh pilihan rakyat, bukan pengkritik makanan.

Jadi, sekiranya Nasi Lemak Village Park Damansara adalah nasi lemak kegemaran anda, undi mereka bermula 17 September 2025 di myresipi.com/makansinibest dan lihat siapa yang bakal dinobatkan sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang!

Nasi Lemak percuma untuk 100 pengunjung terawal

Jangan lepaskan peluang juga untuk hadir ke acara kemuncak Makan Sini Best dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma.

Anda juga berpeluang membawa pulang produk tajaan eksklusif seperti Sunshine Bakeries dan ZUS Coffee pada 9 Oktober 2025 nanti!

Baca juga: Ramai Sanggup Beratur Demi Nasi Lemak Saleha Ampang, Nasi Lemak Terbaik Pilihan Ramai

Baca Juga: Rahsia Sambal Pedas Yam Yam KL, Antara Nasi Lemak Terbaik di Gombak yang Wajib Cuba

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN