Kalau anda ke Ampang waktu pagi, bau santan dan ayam goreng berempah pasti menyapa deria. Itu tandanya anda semakin dekat dengan Nasi Lemak Saleha, hidangan lagenda yang membuatkan orang sanggup beratur panjang dan datang dari jauh.

Baca Juga: Dulu Digelar Jambatan Ikonik, Kini Nasi Lemak Tamparuli Terus Jadi Kegemaran di USJ

Baca Juga: Nasi Lemak Village Park Jual 10,000 Bungkus Sehari, Rahsia Sedap Terletak Pada Ayam Goreng Crispy & Nasi

Nasi Lemak Wangi & Sambal Padu Buat Ketagih

Kekuatan utama nasi lemak ini terletak pada kombinasi nasinya yang lembut, beraroma santan dan cukup berlemak.

Setiap suapan memberi rasa selesa, seolah-olah “comfort food” yang tak pernah jemu.

Namun, bintang sebenar adalah sambalnya. Pedasnya menggigit, manisnya seimbang, teksturnya pekat dan padu jauh beza daripada sambal cair berminyak yang biasa ditemui.

Ramai pelanggan mengaku, sambal inilah yang membuat mereka kembali lagi. Malah ada yang berseloroh, “kalau ada sambal Saleha, makan dengan nasi kosong pun dah cukup syok!”

Lauk Legend Jadi Tarikan

Selain nasi dan sambal, pilihan lauk di sini memang susah ditandingi. Ayam goreng berempahnya rangup di luar tetapi kekal juicy di dalam.

Paru goreng pula lembut, tidak liat dan penuh rasa rempah. Rendang dagingnya pekat, beraroma dan lembut hingga seakan cair di mulut.

Sambal sotong dan kerang juga sering jadi rebutan, menambah variasi rasa laut yang menaikkan lagi keenakan nasi lemak ini.

Tidak hairanlah pelanggan sering “rambang mata” ketika beratur kerana setiap lauk seakan memanggil untuk dicuba.

Dari Gerai Kecil Ke Nama Besar

Perjalanan Nasi Lemak Saleha tidak bermula dengan mudah. Dahulu, mereka hanya berniaga kecil-kecilan di tepi jalan dan pernah diusir kerana tidak mempunyai lesen tetap.

Bagi sesetengah peniaga, itu mungkin noktah. Tetapi bagi Puan Saleha Abdullah dan keluarga, cabaran itu dijadikan pembakar semangat.

Hari ini, dari meja lipat dan periuk kecil, Nasi Lemak Saleha sudah berkembang menjadi jenama besar dengan kiosk di serata Lembah Klang.

Kisah jatuh bangun ini menjadikan nama mereka bukan sekadar sinonim dengan nasi lemak, tetapi juga simbol ketabahan peniaga kecil yang enggan mengalah.

Mudah Didapati

Jika dulu orang perlu ke Ampang semata-mata untuk menikmatinya, kini Nasi Lemak Saleha boleh didapati dengan lebih mudah.

Kehadiran kiosk di beberapa lokasi menjadikan ia pilihan praktikal untuk keluarga yang sibuk.

Rasanya kekal konsisten, jadi sama ada di lokasi utama atau di kiosk, pengalaman menikmati nasi lemak ini tetap memuaskan.

Patutkah Saleha Dinobatkan Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang?

@myresipi

Betul ke nasi lemak ni memang padu atau sekadar hype semata-mata? #makansinibest Nak Nasi Lemak Saleha dinobatkan sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang? Undi sekarang di www.myresipi.com/makansinibest.

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Ramai pelanggan sepakat bahawa Nasi Lemak Saleha memang berbaloi dicuba.

Nasi wangi, sambal padu dengan lauk legend adalah kombinasi lengkap yang jarang mengecewakan.

Ada yang menjadikannya sarapan wajib, ada yang bungkus untuk keluarga dan ada yang sanggup menempuh kesesakan lalu lintas demi sepinggan nasi lemak.

Soal rasa mungkin subjektif, tetapi satu perkara pasti: jika anda belum pernah mencuba, anda belum tahu kenapa Nasi Lemak Saleha boleh menjadi fenomena.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan Nasi Lemak Terbaik sekitar Lembah Klang.

Berbeza daripada pertandingan biasa, pemenang akan ditentukan oleh pilihan rakyat, bukan pengkritik makanan.

Jadi, sekiranya Nasi Lemak Saleha adalah nasi lemak kegemaran anda, undi mereka bermula 17 September 2025 di myresipi.com/makansinibest dan lihat siapa yang bakal dinobatkan sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang!

Nasi Lemak percuma untuk 100 pengunjung terawal

Jangan lepaskan peluang juga untuk hadir ke acara kemuncak Makan Sini Best dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma.

Anda juga berpeluang membawa pulang produk tajaan eksklusif seperti Sunshine Bakeries dan ZUS Coffee pada 9 October 2025 nanti!

Baca Juga: Rahsia Sambal Pedas Yam Yam KL, Antara Nasi Lemak Terbaik di Gombak yang Wajib Cuba

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN