
Bermula daripada hanya sebuah gerai kecil di tepi masjid di Sarawak pada tahun 2016, Nasi Lemak Tamparuli kini berkembang menjadi sebuah restoran di Lembah Klang.
Lengkap dengan dapur sendiri, sistem operasi yang lebih tersusun dan sokongan pelanggan yang semakin bertambah dari hari ke hari, siapa tahu semua itu berlaku tanpa modal besar, lokasi strategik atau kedai mewah pada awalnya.
Ketika itu, pengasasnya, Mohd Ali Jainneh hanya menjual nasi lemak berbungkus daun pisang berharga RM1.
Namun, rasa yang jujur dan layanan ikhlas menjadikan gerai ini mula menjadi tular.
Pelanggan sanggup beratur panjang setiap pagi, mencetuskan suasana yang akhirnya digelar sebagai “Nasi Lemak Jambatan Tamparuli” kerana barisan pelanggan yang beratur panjang mengingatkan orang ramai kepada lokasi ikonik Sabah itu.
Sambal & Ayam Goreng Berempah – Tarikan Utama Nasi Lemak Sedap

Apa yang membezakan Nasi Lemak Tamparuli daripada yang lain bukan sekadar kisahnya tetapi pada rasa dan aroma yang membangkitkan selera sejak suapan pertama.
Nasi lemaknya dimasak dengan santan segar bersama daun pandan, menghasilkan bau harum yang menyelerakan, terutamanya apabila dibalut dengan daun pisang yang menambah rasa lemak dan ‘smoky’ secara semula jadi.
Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pilihan lauk seperti sambal tumis pedas manis yang dimasak lama untuk rasa pekat dan seimbang, ayam goreng berempah rangup di luar dan ‘juicy’ di dalam atau paru sambal.
Menariknya, Nasi Lemak Tamparuli dihidangkan bersama kangkung serta pelengkap wajib yang lain seperti timun, ikan bilis garing dan telur rebus.
Setiap bungkusan dijaga rapi agar rasa dan tekstur kekal sempurna walaupun dibeli untuk dibawa pulang.
Tiga Cawangan Sebelum Fokus ke Restoran Penuh
Meskipun hanya satu lokasi di Sarawak, sambutannya luar biasa dengan pelanggan yang sanggup beratur panjang setiap pagi untuk mendapatkan nasi lemak berbungkus daun pisang berharga RM1.
Namun, apabila isteri pengassnya yangjuga seorang guru diarahkan berpindah ke Semenanjung, beliau membuat keputusan besar untuk menghentikan operasi di Sarawak dan membawa jenama ini ke Shah Alam.
Resipi nasi lemak yang menjadi kegemaran ramai itu sebenarnya datang daripada isterinya sendiri yang sejak awal menjadi tulang belakang dalam memastikan rasa dan kualiti sentiasa terjaga.
Jenama ini terus berkembang bermula dengan gerai kecil dan kemudiannya berjaya membuka tiga cawangan, termasuk restoran yang kini beroperasi di Taman Pinggiran USJ.
Cabaran Dari Tepi Jalan ke Dapur Profesional

Mohd Ali Jainneh, pengasas Nasi Lemak Tamparuli
Ketika masih berniaga di gerai tepi jalan, cabaran datang daripada pelbagai sudut termasuk isu logistik dan cuaca.
Pernah berlaku pekerja terpaksa memegang kanopi sendiri ketika angin kencang hanya untuk meneruskan jualan.
Malah, operasi awal juga bergantung kepada ‘central kitchen’ yang jauh, menyebabkan makanan lambat sampai dan menyukarkan kawalan kualiti.
Situasi ini mendorong Mohd Ali membuka restoran sendiri, lengkap dengan dapur profesional yang bersih, terurus dan patuh SOP bagi memastikan kualiti makanan lebih segar dan servis pelanggan lebih tersusun.
Walaupun operasi kini lebih moden, prinsip asas tidak pernah berubah.
Nasi Lemak Tamparuli menitikberatkan penggunaan bahan mentah yang halal, proses penyediaan yang bersih dan telus, serta pematuhan kepada semua piawaian keselamatan makanan.
Setiap hidangan disediakan dengan niat yang betul bukan sekadar mengenyangkan, tetapi memberi keyakinan kepada pelanggan.
Berkembang Tanpa Hilang Identiti
Dengan sambutan yang menggalakkan di Subang Jaya, Mohd Ali kini merancang untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang.
Namun, satu perkara pasti walau di mana pun lokasi baru dibuka, identiti asal, rasa tradisi dan layanan ikhlas akan terus dikekalkan.
Kisah Nasi Lemak Tamparuli membuktikan bahawa kejayaan tidak semestinya bermula dengan modal besar.
Kadang-kala, yang diperlukan hanyalah satu produk yang baik, niat yang betul dan kesungguhan yang tidak pernah padam.
Patutkah Nasi Lemak Tamparuli Dinobatkan Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang?
View this post on Instagram
Dengan begitu banyak pilihan nasi lemak di Lembah Klang, Nasi Lemak Tamparuli muncul sebagai pesaing serius.
Aroma nasi lemak yang wangi, sambal tumis yang seimbang, serta pilihan lauk seperti ayam goreng berempah, paru sambal dan ikan bilis rangup menjadikan setiap hidangan lengkap dan memuaskan.
Ditambah pula dengan layanan mesra, suasana bersih dan resipi turun-temurun, tak mustahil jenama ini layak dinobatkan antara yang terbaik di Lembah Klang.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan Nasi Lemak Terbaik sekitar Lembah Klang.
Berbeza daripada pertandingan biasa, pemenang akan ditentukan oleh pilihan rakyat, bukan pengkritik makanan.
Jadi, sekiranya Nasi Lemak Tamparuli adalah nasi lemak kegemaran anda, undi mereka bermula 17 September 2025 di myresipi.com/makansinibest dan lihat siapa yang bakal dinobatkan sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang!
Nasi Lemak percuma untuk 100 pengunjung terawal!
Jangan lepaskan peluang juga untuk hadir ke acara kemuncak Makan Sini Best dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma.
Anda juga berpeluang membawa pulang produk tajaan eksklusif seperti Sunshine Bakeries dan ZUS Coffee pada 9 October 2025 nanti!
Baca Juga: Ramai Sanggup Beratur Demi Nasi Lemak Saleha Ampang, Nasi Lemak Terbaik Pilihan Ramai
Baca Juga: Rahsia Sambal Pedas Yam Yam KL, Antara Nasi Lemak Terbaik di Gombak yang Wajib Cuba
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














