nasi goreng tomyam simple

Setiap kali makan di kedai masakan Thai, mesti nasi goreng jadi pilihan. Tapi sebenarnya, nak buat sendiri Nasi Goreng Tomyam simple di rumah pun taklah susah.

Nak masak sesuatu yang ringkas tapi tetap padu untuk keluarga, jom cuba resipi Nasi Goreng Tomyam simple daripada perkongsian Wan Luqman di Facebook yang menyelerakan ini.

Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai

RESIPI NASI GORENG TOMYAM SIMPLE

nasi goreng tomyam simple

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Sedikit gula dan serbuk perasa
  • 1 biji telur
  • Hirisan daun limau purut
  • Hirisan cili padi (ikut tahap pedas yang diingini)
  • 1 sudu makan sos ikan (nampla)
  • Hirisan daun ketumbar
  • Sotong yang telah dicelur sebentar dan ditoskan

Cara-cara masak:

  1. Mulakan dengan menumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit keperangan.
  2. Jika ada lebihan udang atau isi seafood lain, bolehlah masukkan sekali untuk menambah rasa.
  3. Masukkan pes tomyam dan kacau hingga sebati dengan bawang.
  4. Tambahkan cili kisar supaya warna nasi goreng nanti lebih menarik dan sedikit kemerahan.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau supaya bergaul dengan rencah.
  6. Perasakan dengan gula dan penambah perisa secukupnya.
  7. Masukkan nasi sejuk dan gaulkan rata. Nasi sejuk lebih sesuai kerana teksturnya lebih cantik untuk digoreng berbanding nasi yang masih panas.
  8. Masukkan hirisan daun limau purut, cili padi dan daun ketumbar, kemudian gaulkan lagi supaya aromanya meresap.
  9. Tuangkan sos ikan (nampla) untuk menaikkan rasa masam masin ala tomyam yang autentik.
  10. Akhir sekali, masukkan sotong celur dan gaulkan hingga semuanya sebati. Apabila sudah cukup mesra, bolehlah angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Resepi Bihun Tomyam Masam Pedas Wangi, Nak Rasa ‘Kick’ Macam Kedai Thai Ada Tipsnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN