resepi bihun tomyam

Teringin makan pedas, masam dan beraroma wangi, jawapannya mestilah resepi Bihun Tomyam. Asalkan ada bahan asasnya, anda boleh masak menu ini pada bila-bila masa.

Perkongsian resepi Bihun Tomyam oleh Wan LuQman di Facebook antara versi yang paling mudah nak ikut dengan tekstur bihun yang lembut dan rasa tomyam cukup menyengat. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

RESEPI BIHUN TOMYAM

resepi bihun tomyam

Bahan-bahan:

  • Bawang kisar
  • Cili kisar
  • Sedikit serai dan daun limau purut yang dihiris
  • Rencah pilihan (udang, ayam, sotong atau daging)
  • Sos cili dan sos tiram
  • Pes tomyam
  • Hirisan cili merah
  • Daun sup atau daun ketumbar
  • Telur ayam
  • Nampla (sos ikan atau sotong)
  • Sedikit gula
  • Garam atau serbuk perasa secukupnya
  • Bihun yang telah direndam lembut

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang kisar dan cili kisar dalam 2 sudu besar setiap satu.

2. Selepas itu, masukkan pes tomyam dan tumis sampai naik bau.

3. Tambah sos tiram dan sos cili. Jika suka, boleh letak sedikit sos tomato, ikut jenis pes tomyam yang digunakan.

4. Kemudian, masukkan rencah pilihan seperti udang, ayam, sotong atau daging.

5. Seterusnya, letak sedikit gula dan renjiskan nampla (sos ikan atau sos sotong).

6. Setelah itu, perasakan dengan garam atau seasoning secukupnya.

7. Kemudian, pecahkan sebiji telur ayam ke dalamnya dan kacau rata.

8. Masukkan bihun yang telah direndam lembut. Gaul perlahan supaya bihun tak putus.

resepi bihun tomyam

9. Gunakan garfu untuk angkat-angkat bihun supaya bahan tumis serata, kemudian baru balik-balikkan dengan sudip.

10. Tambahkan hirisan cili merah dan daun sup. Jika suka, daun ketumbar juga boleh.

11. Akhir sekali, goreng sekejap atas api besar supaya bihun wangi dan sedikit garing. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

Baca juga: Rahsia Bihun Goreng Sedap Tanpa Sebarang Sos, Ganti Dengan Bahan Rahsia ‘Ini’ Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN