Mari kita cuba resipi nasi goreng malas untuk menu sahur sekejap lagi. Menu ini sesuai untuk anda yang tak rajin memasak tetapi ingin makan makanan yang sedap.
Nasi goreng merupakan salah satu hidangan yang popular di kalangan otrang Malaysia. Namun, kadang-kadang kita mungkin terlalu malas untuk menghasilkan nasi goreng yang lazat dan memerlukan masa yang agak lama.
Baca juga: Nasi Goreng Ikan Masin Macam Kedai Punya, Mudah Je Nak Buat Rupanya
Oleh itu, kami kongsikan cara mudah untuk membuat nasi goreng malas cara Hazeman Huzair dengan hanya menggunakan periuk nasi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Pertama sekali, cuci dan rendam nasi dalam periuk nasi seperti biasa. Kemudian, masukkan air mengikut sukatan yang biasa digunakan untuk memasak nasi.
2. Selepas itu, tambahkan kicap cair, kicap pekat, minyak bijan, minyak masak, sos tiram, dan serbuk pati ayam ke dalam periuk nasi. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.
3. Kemudian, tambahkan campuran sayur-sayuran, daging jenis streaky yang telah dipotong, dan crabstick ke dalam periuk nasi. Gaulkan lagi supaya semua bahan tercampur dengan baik.
4. Tutup periuk nasi dan biarkan periuk nasi memasak nasi dan bahan-bahan lain sehingga masak sepenuhnya.
5. Setelah nasi masak, biarkan sebentar untuk sejuk sebelum dihidangkan.
6. Nasi goreng siap dan sedia untuk dinikmati!
Video penuh:
@hazemanhuzir Tak rajin… tapi nak makan sedap
Selamat mencuba.
Sumber: TikTok Hazeman Huzair
Baca juga: Nasi Goreng Ayam 90an Cara SIMPLE, Nostalgia Terimbau Zaman Dulu-Dulu
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…