makan nasi sejuk

Jarang-jarang  yang akan makan nasi sejuk semalaman dan sering kali diketepikan. Kebanyakan daripada kita lebih suka menikmati nasi panas-panas kononnya lebih berselera. 

Kalau anda nak tahu, nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya berbanding dengan nasi panas? Macam mana pula tu? 

Baca juga: 7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur

Ikuti perkongsian dari seorang lelaki yang iaitu Encik Izni Idris ini. Menurut beliau di laman Facebook, dia pelik mengapa mak mertuanya suka makan nasi semalaman sebelum tahu kelebihan di sebaliknya.


MAKAN NASI SEJUK ELOK UNTUK DIET, PESAKIT DIABETES

makan nasi sejuk

Mak mertua saya (arwah) suka makan nasi sejuk. Nasi semalam yang ada lebih.

Bila saya balik rumah dia di Ipoh, selalu saya tanya dalam hati, kenapalah mak suka makan nasi lama. Masak sajalah yang baru. Kan nasi panas baru masak tu lagi elok.

Ini tidak, masa kami makan nasi baru tanak masa makan bersama, dia keluarkan nasi sejuk.

Tetapi baru saya sedar, mungkin dia pun tak tahu kebaikan apa yang dia buat.  Apabila kita makan nasi yang sudah sejuk, nasi tu bertukar menjadi ‘resistant starch’.

Nasi yang sudah sejuk ini apabila bertukar menjadi resistant starch tidak akan menyebabkan insulin spike di dalam badan. Ia diproses di dalam perut lebih perlahan dan ada juga kebaikan prebiotik kerana ia cuma dapat diproses di dalam usus besar dan bukan di dalam usus kecil.

Resistant starch lebih bagus untuk orang yang mengalami diabetes. Untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan lebih baik amalkan resistant starch sebab setiap gram kanji biasa ada 4 kalori kanji manakala resistant starch cuma ada 2 kalori kanji sahaja.

Makanan tinggi karbohidrat yang boleh bertukar menjadi resistant starch adalah seperti nasi, kentang, keledek, pasta – jadi ingat kalau nak makan benda-benda ni masak itu tapi jangan makan panas-panas, biar sejuk dulu atau simpan dalam peti sejuk dan makan keesokan hari.

Guna nasi sejuk buat nasi goreng esok pagi – itu pun bagus.

Arwah mak mertua saya mungkin inilah yang boleh dia kawal diabetesnya dan hidup sehingga umur yang lanjut (biiznillah).

Mungkin satu hari nanti bila ramai yang sedar, mungkin restoran nasi campur pun boleh berikan opsyen nasi resistant starch kepada pelanggan (demi kesihatan bersama).

Tip: Nasi resistant starch apabila dipanaskan semula akan tetap ada resistant starch jadi jangan risau kalau nak panaskan semula nasi sejuk.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doktor Ini Kongsi Khasiat Ketam Supaya Mak Mak Tahu, Bantu Kuatkan Otak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN