Ketam merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai kerana isinya yang manis dan lazat. Bagi yang teringin nak makan ketam hari ini, jom cuba resepi ketam masak lemak cili api ini.
Resipi ini bukan sahaja tidak menggunakan banyak bahan, malah cara memasaknya juga sangat mudah kerana tidak mengambil masa yang lama untuk isinya masak.
Siapa suka pedas, boleh lebihkan penggunaan cili semasa dalam proses memasak. Jom lihat resipi penuh perkongsian oleh Puan Asrinna Bakri di bawah.
Baca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan
Bahan-bahan yang diperlukan:
– 8 ekor ketam
– 1 batang serai
– 2 inci halia
– 3 hingga 4 ketul kunyit hidup
– 4 hingga 5 biji bawang merah
– 1 helai daun kunyit
– 1 biji nenas kecil
– 1 kotak santan
– Cili padi ikut tahap kepedasan
Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, halia, cili padi dan kunyit.
2. Panaskan minyak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan ketam dan nenas. Kemudian masukkan air. Agak-agak sampai ketam tenggelam. Masukkan sikit santan dulu.
4. Biarkan mendidih. Agak-agak 10-15 minit camtu. Rasakan garam, gula dan perasa.
5. Kemudian matikan api. Masukkan baki santan. Siap.
Kredit resipi dan gambar: Facebook Arinna Bakri via Grup Resepi
Baca juga: Cucur Ketam Crispy Guna Bahan Mudah, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…