Categories: Resipi

Nasi Goreng Kunyit Legend, Kena Gaul Nasi Sejuk Dengan Serbuk Kunyit & Garam

Siapa yang membesar pada zaman 70 hingga 80an, pasti pernah merasa nasi goreng kunyit legend. Inilah cara orang dulu-dulu memasak nasi goreng.

Hanya memerlukan beberapa bahan mudah iaitu nasi sejuk, bawang, kunyit dan garam. Jika ada telur, boleh letakkannya juga. Jika tak letak telur pun dah cukup sedap.

Kalau ada yang nak cuba, mari ikuti resipi lengkap di bawah. Nasi goreng ini sangat sedap dimakan bersama keropok ikan, ikan bilis goreng dan secawan teh o panas.

Baca juga: Nasi Goreng Cili Kering, Teringat Terus Nostalgia Di Kampung Halaman

NASI GORENG KUNYIT LEGEND

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang nerah
  • 3 ulas bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Garam halus
  • Nasi sejuk
  • Minyak
  • 2 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar

Cara memasak:

1. Pertama sekali, gaul nasi sejuk dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul dengan rata menggunakan tangan. Ketepikan.

2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga sedikit garing.

3. Apabila bawang sudah garing, masukkan nasi sejuk yang sudah digaul dengan serbuk kunyit dan garam tadi. Gaul sehingga semuanya sebati.

4. Alihkan nasi ketepi periuk, tambah sedikit minyak dan masukkan 2 biji telur. Kacau telur sehingga masak, kemudian gaul dengan nasi tadi.

5. Masukkan juga bawang besar. Sambung gaul nasi sehingga garing.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Video penuh:

@as_3103

Nasi Goreng Kunyit Sesiapa yang membesar zaman 70-80an mesti pernah merasainya. Hanya perlu ada nasi sejuk,bawang, kunyit dan garam. Kalau ada telur baru masukkan telur. Kalau takda cukup setakat bawang sahaja. Itupun dah nikmat sangat. Makan bersama keropok ikan,ikan bilis goreng dan secawan teh o panas. Alhamdulillah. Bahan-bahan: 3 ulas bawang nerah 3 ulas bawang putih Serbuk kunyit Garam halus Nasi sejuk Minyak 2 biji telur 1/2 labu bawang besar #nasigorengkunyit #nasigoreng #roomcircletwd #asmasak2 #masakcarasaya

♬ Lokman Naufal_Haruman Terindah – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Kredit: TikTok As.Ibrahim

Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

36 mins ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

44 mins ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

2 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

4 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

4 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

5 hours ago