nasi goreng kampung

Suka makan Nasi Goreng Kampung? Sedap betul makan bersama telur mata goyang~

Selalu mak-mak mesti akan guna lebihan nasi waktu malam untuk dijadikan nasi goreng pada waktu sarapan pagi.

Nasi goreng kampung sangat terkenal dihidang dengan campuran bahan seperti kangkung, ikan bilis, belacan dan juga cili api.

Baca Juga: Resipi ‘Nasi Goreng’ Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet

Rasanya juga sedikit pedas. Kalau tak pedas tak syok juga kan. Tapi tahap kepedasannya boleh dikawal dengan mengurangkan penggunaan cili. Nasi goreng kampung juga mudah dibuat dan sungguh enak dimakan.

Jom kita ikuti perkongsian resepi nasi goreng kampung yang dikongsikan oleh Hawa Aziz.

Resipi Nasi Goreng Kampung

Bahan tumbuk:

  • 2 biji Bawang besar 
  • 5 ulas Bawang putih
  • Belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • 10 tangkal Cili api (lagi pedas lagi sedap)

Bahan nasi:

  • 6 cawan Nasi
  • 5 biji telur
  • 1 ikat kangkung
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

1. Tumbuk kesemua bahan iaitu bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.

3. Bila bahan tumbuk tadi dah naik bau, masukkan telur dan biarkan agak garing sebelum dikacau.

4. Bila telur dah agak nak garing, kacaukan sehingga sebati. Masa ni kalau nak masukkan garam dah boleh ye.

5. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sebati.

6. Masukkan kangkung dan gaulkan kesemua bahan.

7. Tips nak nasi goreng sedap, gorengkan dengan api yang kuat.

8. Untuk ikan bilis goreng pula, pastikan basuh bersih ikan bilis dan tos kan.

9. Kemudian, goreng sehingga garing dan taburkan diatas nasi goreng kampung. Siap untuk dihidang.


Nota: Tips nak ikan bilis garing adalah masa mula-mula nak goreng tu, pastikan minyak betul-betul panas. Selepas tu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata.


Seronoklah dapat makan nasi goreng kampung yang ada kangkung dan ikan bilis lebih ni. Puas hati nak makan! Makan dengan sambal belacan lagi power.

Semoga resepi nasi goreng kampung ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!


Sumber: Hawa Aziz

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN