Siapa yang tidak suka dengan Nasi Goreng Ikan Masin, kan? Lagi-lagi jika bahan-bahan yang digunakan agak ringkas dan membuka selera.
Biasanya, hidangan seperti ini boleh ditemui di restoran-restoran Thailand. Namun sebenarnya, ia sangat mudah untuk dimasak sendiri di rumah.
Baca juga: Nasi Goreng Sardin, Paling Senang Nak Buat Ikut Resipi Ini
Bagi peminat Nasi Goreng Ikan Masin, dengan resipi ini anda tidak perlu lagi ke restoran kerana boleh membuatnya sendiri dari rumah best, kan? Sekali gus ia menjimatkan wang anda. Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Resipi Dapur Opah ini.
RESIPI NASI GORENG IKAN MASIN YANG SEDAP
Bahan-bahan:
- Semangkuk nasi sejuk
- Telur
- Isi ikan masin kurau, dipotong kecil
- Dua biji bawang besar – dihiris nipis
- 5 ulas bawang putih – diketuk
- Cili padi – ikut citarasa
- 3 sudu besar sos tiram
- Sayur Kailan
- Sayur Kubis – optional
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:
1. Masukkan telur dan goreng serta hancurkan telur tersebut. Kemudian, tumis bawang-bawang hingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan nasi.
3. Kemudian, masukkan ikan masin dan cili padi yang telah dihiris, dan tumis sebentar.
4. Selepas itu, masukkan sos tiram.
5. Gaul rata dan kacau sebati.
6. Goreng selama lima minit.
7. Akhir sekali, masukkan sayuran dan goreng hingga layu.
Selamat mencuba!
Sumber: Resepi Dapur Opah
Baca juga: Nasi Goreng Ayam 90an Cara SIMPLE, Nostalgia Terimbau Zaman Dulu-Dulu