murtabak daging kulit popia

Selain murtabak ayam, ramai juga sukakan Murtabak Daging yang sering dijual di pasar malam. Sekarang anda boleh buat Murtabak Daging kulit popia di rumah tau.

Ramai anggap buat Murtabak Daging ini susah kerana harus menguli seperti roti canai. Sebenarnya ada cara lain yang paling mudah untuk membuatnya.

Anda boleh cuba resipi Murtabak Daging Kulit Popia dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Siti Noor Husna di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Rasa Tetap Sedap! Yang Penting Tak Perlu Uli Doh

RESIPI MURTABAK DAGING KULIT POPIA

murtabak daging kulit popia

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • 250gm isi daging (dicincang)
  • 2 biji kentang saiz bola pingpong (dipotong dadu)
  • 1½ sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • Sedikit minyak masak
  • Daun sup (dihiris)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

Cara-cara penyediaan inti murtabak:

1.  Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak, kemudian masukkan bawang-bawang yang dihiris dan didadu.

2. Pastikan bawang jadi betul-betul layu untuk dapatkan rasa manis bawang dan hilangkan rasa mentah, kemudian baru masukkan rempah kari dan sedikit air.

3. Masak rempah sehingga pecah minyak dan tambahkan isi daging, kemudian masukkan kentang.

4. Masukkan air separas dengan ubi kentang yang dimasak tapi jangan banyak air nanti lembik intinya.

5. Apabila sudah hampir kering, baru tutup api dan sejukkan.

Cara-cara penyediaan murtabak:

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dalam bekas dan masukkan bahan inti yang dimasak tadi.

2. Tambahkan hirisan daun sup dan bawang, kemudian kacau hingga sebati.

3. Buka sekeping kulit popia saiz besar, letak atas dulang, kemudian ambil 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi dan letak di bahagian tengah kulit popia.

4. Kemaskan dengan cara lipat atas bawah, kiri dan kanan.

5. Cara untuk bakar murtabak adalah seeloknya menggunakan kuali rata. Masukkan 3 sudu makan minyak masak dan panaskan dengan api sederhana.

murtabak daging kulit popia

6. Masukkan murtabak dan goreng hingga sedikit garing di bahagian luar, kemudian terbalikkan murtabak untuk masak dengan rata. Siap untuk dihidang!

Kuantiti bahan resipi Murtabak Daging kulit popia ini boleh menghasilkan 3 hingga 4 biji. Anda boleh gandakan sukatan jika ingin buat dalam kuantiti yang banyak.

Sementara masih ada lebihan daging korban sempena Hari Raya Haji, bolehlah buat resipi ini bersama keluarga di rumah nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Noor Husna

Baca juga: Murtabak Ayam Kulit Popia, Tak Perlu Susah Nak Uli Dan Canai Tepung

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN