Anak-anak mesti suka makan sosej kan, kalau boleh setiap minggu mesti disuruh beli sosej. Tetapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan mereka pula. Jom cuba resepi sosej homemade yang dikongsikan oleh Noor Saficka di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
SOSEJ AYAM HOMEMADE
Anak-anak mesti suka makan sosej kan, kalau boleh setiap minggu mesti disuruh beli sosej. Tetapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan mereka pula. Jom cuba resepi sosej homemade yang dikongsikan oleh Noor Saficka di Facebook.
BAHAN-BAHAN
2 kg isi ayam
1 labu bawang putih
4 biji telur
6 sdb tepung ubi
Cukup rasa
Mixed herbs
Cendawan shitake kering (kisar kering)
Kredit: Noor Saficka
CARA PENYEDIAAN
Kisar isi ayam dengan telur dan bawang putih.
Gaul dengan bahan yang lain.
Untuk yang sosej biasa tidak perlu letak cendawan.
- Selepas itu masukkan di dalam piping bag. Masukkan dalam plastik aiskrim dan boleh rebus. Bagi air mendidih dahulu baru masukkan sosej.
- Sudah masak, angkat, rendam di dalam air sejuk sekejap dan boleh keluarkan dari plastik.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.