resepi agar agar

Resepi agar-agar marble sering menjadi pilihan untuk jamuan atau acara tertentu kerana rupanya yang cantik dan boleh variasikan rasa mengikut dengan selera.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pencuci mulut ini adalah agar-agar tali, air, susu cair, gula pasir, buttercup, tepung kastard, telur dan serbuk koko.

Jika anda ingin mengetahui cara penyajiannya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Suhaida Mohd Sani di bawah.

Baca juga: Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok

RESEPI AGAR AGAR MARBLE COKLAT SUSU

resepi agar agar

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 20gm agar-agar tali
  • 1500ml air
  • 1 tin susu cair
  • 1 ½ cawan gula pasir kasar
  • 1 sudu besar buttercup/marjerin
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan serbuk koko

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar dengan air sehingga betul-betul larut.
  2. Apabila sudah larut, masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut.
  3. Kisar semua bahan kecuali serbuk koko.
  4. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam adunan agar-agar tadi. Masak atas api kecil sehingga nampak sedikit pekat, baru tutup api.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian kosong dan satu lagi dicampur dengan serbuk koko (serbuk koko larutkan dengan sedikit air panas dalu).
  6. Tuangkan ke dalam loyang secara bergilir-gilir. Apabila sudah siap tuang semua adunan, lorek menggunakan lidi untuk hasilkan corak marble/zebra.
  7. Boleh rujuk Youtube untuk lihat hasilkan corak marble yang kemas.
  8. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam chiller satu malam. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Siti Suhaida Mohd Sani

Baca juga: Resipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN