Categories: Infomasi

Tak Boleh Makan Durian Dengan Kopi? Ini 7 Mitos Tentang Durian Yang Ramai Percaya

Setiap kali nak makan durian bersama makanan lain, mesti anda akan terfikir berkenaan mitos buah durian yang masih hangat diperkatakan sehingga sekarang.

Nasihat-nasihat atau pantang larang berkaitan durian ini sudah menjadi buah mulut orang sejak dahulu lagi. Namun, sejauh manakah kebenaran disebalik pantang larang ini?

Kalau nak tahu pantang larang ini sebenarnya mitos semata atau benar, jom ikuti perkongsian oleh MyResipi di bawah.

Baca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Berbaloi Beli!

7 MITOS BUAH DURIAN YANG RAMAI PERCAYA

1. Durian mengandungi kolestrol yang tinggi

Jika dilihat di dalam jadual fakta nutrisi buah durian jelas menunjukkan bahawa sebenarnya tidak ada kolesterol di dalam durian. Namun, durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. 

Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya!

2. Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis

Tidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ianya tidak disokong oleh kajian saintifik.

Tabiat mengambil buah durian bersama dengan manggis mungkin disebabkan oleh kedua-dua pokok durian dan manggis mempunyai musim buah yang sama.

3. Durian dan kopi tidak boleh diambil pada masa yang sama

Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.

Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.

Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.

Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan

4. Meningkatkan nafsu/tenaga seks (Libido)

Tidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan tenaga seks.

5. Makan durian bersama beer boleh membunuh

Tidak ada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan. Meminum alkohol sudah sememangnya memudaratkan, tetapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil berlebihan.

Pengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Hal itu kerana organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolism ke atas lemak dan gula yang terkandung di dalam alkohol dan durian.

6. Tak boleh makan durian dengan susu

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.

Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!

7.  Durian boleh akibatkan demam dan batuk

Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!

Mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!

SEBENARNYA ADA BANYAK KEBAIKAN MAKAN DURIAN!

Tidak dinafikan, durian mempunyai banyak khasiatnya. Namun, itu bukan alasan untuk dimakan dalam kuanti yang banyak.

Durian boleh meningkatkan berat badan kerana ia mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kalori.

Selain itu, durian mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes, kecuali jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana ya!

Kredit: Rushdan Noor

Baca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

10 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

10 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

10 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

10 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

11 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

13 hours ago