Siapa je yang tak suka Nutella kan? Jom buat sendiri sapuan coklat ala-ala Nutella, lebih sedap dan berlemak ikut citarasa masing-masing.
Selain disapu pada roti, makan macam tu je pun boleh habis satu balang. Harga Nutella ni boleh tahan juga mahalnya. Maklumlah barang import. Bagi yang anak ramai, boleh pening kepala bila asyik nak kena beli seminggu sekali.
Baca juga: Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle, Wangi Dan Sedap Rasa Pandannya
Jadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Encik Naem Nas ni. Mudah sahaja. Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat. Anak-anak pun senyum lebar.
Hari ini buat choc spread ala nutella sebab anak sulung minat sungguh dia makan ngn roti. Ada hat ni pon takpa dah. Nak beli setiap minggu botak juga kepala. Yang penting tiada gula. Tapi sedapnyaa ya ampun menyesal tak buat dari dulu.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Bakar kekacang kemudian kisar sampai jadi pes.
2. Tambahkan 4 sudu besar minyak untuk smooth kan pes.
3. Double boil kan coklat. Saya guna dark choc manis-manis sedang.
4. Campur dark choc dan pes kacang dalam blender.
5. Masukkan secubit garam dan 1 sudu teh esen vanilla.
6. Blend sampai sebati dan halus. Boleh tambah sedikit minyak untuk stabilkan kepekatan.
7. Nak lagi manis boleh tambah sedikit susu pekat. Boleh tuang dalam botol kedap udara. Siap!
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!
Kalau suka lauk yang masam, pedas dan cukup membangkitkan selera, resepi Asam Tumis Utara ini…
Mee kari Chinese style biasanya lebih sedap dengan kuah yang sedikit cair kerana rasanya lebih…
Kalau sedang mencari resepi daging masak kicap simple yang mudah dibuat tetapi tetap kaya dengan…
Resepi jagung susu keju ini sesuai untuk anda yang mahukan sarapan ringkas tetapi tetap mengenyangkan.…
Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…
Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…