mee ladna

Mee ladna adalah satu masakan yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Masakan yang aslinya dari kaum Cina amat popular dengan mee kuning atau kuey tiao dan dibanjiri dengan sos ladna. 

Sos ladna pula diperbuat dari halia, bawang putih, sayur-sayuran dan pastinya sos tiram. Sangat ringkas bahan-bahannya sesuai untuk anda yang tidak mempunyai banyak masa namun mahu menghidangkan menu luar dari kebiasaan.

 Jom MyResipi kongsikan resipi mee ladna yang ringkas.

Baca juga: Japanese Fluffy Pancake, Pakai Kuali ‘Non-Stick’ Jadi Lebih Gebu!

RESIPI MEE LADNA 

Bahan-bahan:

  • Mee Kuning
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • Cili api (mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Sayur (pilihan mengikut citarasa masing-masing)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Sotong (optional, boleh diganti dengan udang atau bahan lain)
  • 1 biji telur (ambil putih sahaja)
  • 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit minyak
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Langkah-langkah membuat mee:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah diketuk, tumis sehingga sedikit garing.

3. Tambahkan kicap, biarkan sebentar dan masukkan mee kuning.

4. Goreng mee sehingga rata dengan kicap tersebut.

Cara penyediaan kuah:

1. Gunakan kuali yang sama untuk menggoreng mee tadi. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih yang selebihnya, bawang merah, dan cili api sehingga layu.

2. Tambahkan isi ayam dan sotong, masak sehingga ayam dan sotong masak.

3. Kemudian, masukkan sayur dan sedikit air, kuantiti air boleh disesuaikan mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan garam secukup rasa.

5. Masukkan putih telur dan biarkan seketika sebelum dikacau.

6. Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung gandum secara berperingkat. Bancuhan tepung gandum ini untuk memekatkan kuah. Masukkan sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diinginkan.

7. Setelah itu, hidangkan bersama mee yang telah digoreng.

Tip tambahan:

Pastikan menuang kuah pada mee ketika hendak disajikan. Jika tidak, mee akan menjadi lembik dan kurang sedap. Anda juga boleh menambahkan sedikit lada sulah untuk perisa yang lebih sedap!

Sumber: Kamariah Hashim

Baca juga: Popia Bergedel Sambal Kicap Berapi, Confirm Ketagih!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN