kuih seri muka nyonya

Kalau nak makan kuih yang lembut-lembut dan berlemak, kuih Seri Muka Nyonya ini salah satu yang menjadi pilihan.

Dengan aroma wangi bunga telangnya, kuih versi masyarakat peranakan Melaka ini sedap jika dibuat juadah minum petang. Cara buat kuih seri muka yang lembut dan sedap ini mudah saja sebenarnya.

Baca juga: Kuih Kaswi TERGEDIK-GEDIK, Resipi Untuk 5 Perisa Yang Boleh Dicuba!

Berikut adalah resipi asas menerusi perkongsian dari Cik Puan Keroroyz Royz


RESIPI KUIH SERI MUKA NYONYA

Bahan lapisan pulut:

  • 450g beras pulut
  • 300ml santan
  • 1 tsp garam
  • 3 helai daun pandan dipotong pjg sejengkal tiap 1
  • 10g bunga telang, rendam dgn 30ml air panas selama 2-3 minit 

Bahan lapisan kastard:

  • 100g tepung gandum serbaguna
  • 60g tepung kastad
  • 220g gula halus
  • 180ml air
  • 300ml santan pekat
  • 2 biji telur
  • Beberapa titik pewarna kuning (optional)

Alatan yang diperlukan:

  • Loyang 7×7
  • Penekan kek lapis
  • Whisker
  • Chopstick / garfu
  • Penapis
  • Pengukus 

Cara-cara penyediaan:

Lapisan pulut:

1. Cuci dan rendam pulut selama semalaman atau minimum 2 jam. Kemudian toskan.

2. Masukan pulut ke dalam loyang kukus beralas daun pandan, kukus selama 15 minit. Pindahkan pulut ke bekas lain & masukkan santan yang dicampur garam. Gaul rata. Biarkan 5 minit hingga santan meresap ke dalam pulut. Kukus lagi selama 15 minit.

3. Angkat loyang dan pindahkan pulut ke dalam loyang 7×7, gemburkan pulut dengan menggunakan chopstick atau garfu. Renjiskan diatas pulut dgn air bunga telang.

4. Tekan dgn menggunakan penekan kek hingga pulut mampat (boleh juga tekan guna daun pisang). Cucuk sedikit permukaan pulut dengan garfu supaya lapisan kastad elok melekat dipulut nanti. Ketepikan.

Lapisan kastad:

1. Di dalam periuk yang sesuai pukul sedikit 2 biji telur.

2. Masukkan santan, air dan gula. Kacau dengan whisker hingga gula larut dalam adunan.

3. Masukkn pewarna kuning, tepung gandum dan tepung kastad sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.

4. Panaskan adunan kastad ini sekadar berwap sahaja. Jika adunan nampak cair, tambah lagi tepung gandum jika perlu.

5. Tuang dan tapis adunan kastad keatas lapisan pulut.

6. Kukus selama 30-45 minit hingga masak dengan api sederhana kecil. Alas penutup kukus supaya air tidak menitik ke atas kuih. 10minit terakhir, alihkan penutup supaya permukaan kuih elok kering.

kuih seri muka nyonya


Betapa nikmatnya makan kuih yang manis berlemak ni masa minum petang dengan kopi panas. Kalau nak buat juadah petang, boleh buat kuih ni belah pagi. Mudah nak potong nanti.

Selamat mencuba.

Baca juga: 3 Jenis Kuih Banjar Yang Boleh Dicuba, Mempunyai Keunikan Rasa Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN