Char Kuetiau

Kalau malam tak rasa nak makan nasi, boleh cuba buat char kuetiau yang sedap dan awesome ni!

Bahan-bahan yang digunakan untuk buat Char Kuetiau ni memang yang ada dekat dapur je. Jadi mudah bila nak buat.

Sebenarnya nak buat char kuetiau ni susah tau. Kalau makan di kedai pun jarang nak boleh jumpa yang sedap.

Baca juga: Resipi Char Kuey Teow Penang Sedap & Mudah

Ada yang cair sangat lah, ada yang rasa payau lah, ada yang bau hanyur telur lah. Boleh buat kita hilang selera tau!

Sebab tu, bila dah jumpa satu tempat kedai yang sedap memang akan repeat je lah kedai yang sama.

Perkongsian resepi daripada Suisan Aliezasha ni berjaya buat penggemar char kuetiau untuk merasai air tangan sendiri.

Bila ramai nak makan, buat lah sendiri. Tapi bila yang rasa nak makan tu kita je, lebih baik dekat kedai favourite tu. Lagi sedap!

Resipi Char Kuetiau Kerang

Bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Cili Kering

Bahan memasak:

  • 1 paket Kuetiau
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu Cili sos
  • 5 sudu Kicap manis
  • 1 sudu Kicap pekat
  • 1 sudu Sos tiram
  • Taugeh dan kucai
  • Telur
  • Kerang
  • Udang (rebus dan airnya disimpan)

Cara memasak:

1. Mula-mula, bersihkan kerang dan rebus sehingga masak. Tos dan ketepikan.

2. Rebus pula udang sekejap dan air udang disimpan untuk guna masak char kuetiau.

3. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Minyak lebih pun tak apa untuk elak mi nya jadi kembang.

4. Seterusnya, tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar, sos cili, sos tiram kicap pekat, dan juga kicap manis.

5. Kacau seketika, masukkan air rebusan udang. Pecahkan telur dan kacau laju-laju. Akhir sekali masukkan kuetiau, taugeh kucai, dan kerang. Kacau dalam 10 saat macam tu, boleh terus tutup api.


Tip tambahan:

  • Nak masak char kuetiau ni kena gunakan api yang besar tau. Dan masak dia sangat sekejap. Jika barang semua dah sedia, tinggal campak-campakkan sahaja. Kerja lebih mudah dan lebih sedap rasanya!
  • Paling sedap, buat char kuetiau ni tak boleh buat banyak-banyak sekali gus. Syarat dia buat satu persatu. Baru menjadi!

Dah siap, hidangkan dalam pinggan bujur atau pinggan besar macam dekat kedai. Perghh! Memang layanz!

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN