Ada masa bila kita buat mee goreng basah simple, mesti akan ada rasa yang tak berapa kick. Jadi macam mana nak buat mee goreng yang mantap? Cukup serba serbi rasa.
MyResipi ada jawapannya. Kalau nak tahu, wajib baca artikel ini sampai habis kerana kami akan bongkarkan lebih dari 2 rahsia kepada mee goreng basah yang sedap.
Jom baca perkongsian oleh Cik Puan Suhasnida Ismail melalui laman muka buku.
Baca juga: Resipi Daging Masak Manis, Rasa Yang Enak & Mudah Dibuat
RESIPI MEE GORENG BASAH SIMPLE
Bahan-bahan:
- 1 peket mee kuning
- Minyak untuk menumis
- 8 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 1/2 biji bawang holland (dihiris)
- 2 sudu besar cili kering kisar
Lauk Pilihan (ikut citarasa):
- Ayam cincang
- Udang
- Daging
- Telur
- Sawi
- Tomato
Sos & Perasa:
- 5 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 sudu besar gula atau secukup rasa
- 1/2 sudu teh ajinomoto jika suka
- 1/2 cawan air
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang holland dan cili kering kisar, tumis sehingga garing.
3. Masukkan lauk-pauk pilihan anda dan tumis lagi sehingga masak.
4. Tambahkan sedikit air dan semua sos yang telah disediakan. Kacau rata.
5. Udang boleh dimasukkan kemudian.
6. Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian masukkan mee kuning. Kacau rata.
7. Masukkan sayur sawi dan tomato, kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidang!
Tips untuk Mee Goreng Sedap:
- Guna Sos yang Mencukupi: Jangan kedekut dengan bahan-bahan sos. Gunakan dengan secukupnya untuk menambah rasa.
- Air Rebusan Daging: Jika mahu kelainan, gunakan air rebusan daging dan hirisan daging. Ia pasti menambah keenakan.
- Bawang Putih: Gunakan bawang putih dengan banyak dan tumbuk kasar-kasar.
- Cuka Makan: Masukkan sedikit cuka makan semasa menggoreng mee untuk membangkitkan rasa.
- Selamat mencuba!
Sumber: Suhasnida Ismail
Baca juga: Resipi Daging Black Pepper Paling Simple & Juicy, Gerenti Bertambah Nasi!