Categories: Tips & Petua

7 Cara Elak Mata Pedih Potong Bawang Merah, Memang Berkesan!

Biasanya ramai yang akan mengelat apabila disuruh mengupas bawang merah kerana ia memedihkan mata tapi kalau ajak ‘membawang’ memang laju!

Apa punca membuatkan mata berair ketika mengupasnya? Enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan merembes ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan pedih sampai mengalir air mata.

Artikel berkaitan: 16 Jenis Potongan Bawang Ikut Hidangan, Lulus Ini ‘Confirm’ Mertua Suka!

Tapi sebenarnya ramai tak tahu bahawa terdapat pelbagai cara mengupas dengan betul dan ia bukan semata-mata memakai cermin mata renang.



1. Kupas dalam air

Rendam ia di dalam bekas berisi air dan kupasnya di bawah permukaan air. Dengan cara ini enzim yang merembes tidak akan berterbangan di udara.

2. Sapu pisau dengan jus lemon

Sebelum memotong, sapukan jus lemon pada pisau anda. Ia dapat membantu membunuh enzim yang dirembes memandangkan ia bersifat asid dan mempunyai bau kuat.

3. Simpan dalam peti ais

Sebaik-baiknya simpan ia di dalam peti ais sebelum digunakan kerana suhu dingin dapat melambatkan proses enzim menjadi gas dan memedihkan mata saat dipotong.

4. Potong di tempat terbuka

Jika kita lihat kenduri di kampung, makcik-makcik akan memotong bawang di tempat terbuka sambil rancak ‘membawang’. Sebenarnya cara ini lebih selamat kerana angin yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat lain.

5. Kunyah gula-gula getah

Pelik tapi memang menjadi petua ini. Kunyah gula-gula getah dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.

6. Elak potong akar bawang

Menurut The National Onion Association, bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih. Jadi, sebaiknya elakkan potng akar bawang.

7. Letak cuka makan dekat papan pemotong

Sembur cuka makan di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan pengeluaran air mata.


Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga.

Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan?

Selamat mencuba!


Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Terung Masak Sambal Berlada, Aroma Wangi Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…

3 hours ago

Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…

4 hours ago

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…

1 day ago

Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…

1 day ago

Cara Buat Pau Gebu Guna Yis Basah, Lembut Dan Gebu Kejadiannya

Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…

1 day ago

Rahsia Telur Dadar Tebal Dan Gebu Molek, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!

Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…

1 day ago