Burasak merupakan sajian tradisi orang Bugis yang biasanya dinikmati pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aildiladha.
Sajian ini dihasilkan dari beras yang dimasak bersama santan, kemudian dibungkus dengan daun pisang sebelum direbus.
Sekali pandang seperti ketupat tetapi sajian ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan rasanya juga sangat sedap!
Ada yang nak cuba? Jom baca resipi yang dikongsikan oleh Siti Nor Farahin di bawah. Semoga bermanfaat!
1. Basuh beras, kemudian satukan bersama santan, air dan garam seakan memasak nasi lemak. Tanah sehingga nasi hampir masak.
2. Bungkus nasi yang dimasak tadi menggukana daun pisang. Lipat nasi seperti melipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Pastikan tidak terlalu nipis ataupun terlalu tebal.
3. Ambil 6 keping bungkusan burasak. Bungkus sekali lagi menjadi bungkusan besar menggunakan daun pisang.
Ikat dengan kemas.
4. Untuk memasaknya, rebus bungkusan burasak tadi selama 8 jam.
5. Selepas 8 jam, angkat dan sejukkan, burasak enak dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang dan Bejabuk.
Kredit: Siti Nor Farahin
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…