martabak kucaiMartabak kucai ini merupakan makanan yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk Banjar. Resipi ini juga sangat cepat untuk dibuat.

Walaupun sedap sekiranya makan begitu sahaja, martabak kucai ini juga boleh dicicah dengan sardin untuk rasa yang lebih mantap.

Jom baca resipi perkongsian menerusi laman sosial Facebook di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Bubur Anak Lebah, Makanan Warisan Rakyat Perak

RESIPI MARTABAK KUCAI

Bahan Inti:

  • 1 cekak daun kucai (dipotong)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji cili hidup (dihiris, optional)
  • 4 biji telur
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan Inti:

1. Campurkan semua bahan inti dan kacau hingga sebati.

2. Ketepikan.

Bahan Kulit:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 – 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar butter/marjerin

Cara Penyediaan Kulit:

1. Campurkan air, susu pekat, dan garam, kemudian kacau hingga sebati. Jika mahu murtabak lebih lembut, gunakan air ais atau air berais.

2. Masukkan tepung dan uli sehingga sekata. Tambahkan minyak masak, uli lagi, kemudian masukkan butter dan terus uli hingga adunan lembut.

3. Bahagikan adunan kepada 8-10 doh kecil, bulatkan, masukkan ke dalam bekas bertutup, dan curahkan minyak masak sehingga separuh tenggelam. Rehatkan sekurang-kurangnya 4 jam.

4. Ambil satu doh, tepekkan di atas dulang besar, tarik tepi doh sehingga nipis. Sapukan inti dan balut dalam bentuk segi empat.

5. Panaskan minyak dan goreng martabak hingga perang keemasan. Ulang langkah sama untuk doh yang lain.

murtabak kucai

Martabak kucai siap dihidang!

Sumber: Norfazida Gda

Baca lagi: Nak Cucur Ayam Sedap Dan Tak Serap Minyak, Masukkan ‘Bahan’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN