Ternyata, ada cara masak ikan kukus yang sempurna menerusi perkongsian tips dari chef bintang michelin. Seperti yang anda tahu, ikan kukus merupakan salah satu hidangan ikan yang bukan saja sedap malah sangat berkhasiat.
Berbanding membakar atau menggoreng ikan, cara mengukus memelihara rasa segar dan asli.
Penduduk di Asia Tenggara mempunyai pelbagai resipi ikan kukus dan antara kegemaran ramai termasuklah gaya Hong Kong, ikan kukus limau, dan banyak lagi.
Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka
Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan ikan kukus dengan betul, dan MyResipi ingin berkongsi beberapa tips dari chef berpengalaman yang boleh anda praktikkan untuk memasak ikan kukus agar hidangan anda sentiasa menjadi kegemaran ramai.
1. Lihat Jenis Ikan
Pilihlah ikan yang sesuai untuk hidangan ikan kukus, ikan yang manis, kurang tulang, dan tidak berbau kuat seperti tuna. Antara ikan yang disyorkan ialah siakap, tilapia, jenahak, dan kerapu.
2. Tahap Kesegaran Ikan
Pastikan ikan segar dengan memeriksa mata ikan yang cerah dan jelas. Bau ikan juga penting, pastikan ikan tidak berbau kurang menyenangkan. Insang ikan yang segar sepatutnya berwarna merah terang.
3. Bahagian Ikan Yang Hendak Digunakan
Pilihan untuk menggunakan ikan filet atau keseluruhan bergantung kepada jumlah penghidang. Untuk jumlah yang sedikit, ikan filet sesuai, tetapi untuk ramai, lebih baik mengukus keseluruhan ikan untuk memastikan masakan merata dan tidak kering.
4. Cara Menghilangkan Bau
Untuk ikan kurang segar, tambahkan hirisan halia untuk mengurangkan bau tidak menyenangkan. Gunakan air bersih dan minyak bijan untuk menghilangkan bau. Rendam ikan dalam campuran air dan cuka untuk mengurangkan bau hanyir.
5. Tempoh Masa Mengukus
Isi ikan yang telah berubah menjadi putih dan mudah terkeluar dari tulang menandakan ikan sudah masak. Untuk ikan kecil, masak selama 8 hingga 10 minit, manakala untuk ikan besar, masak selama 15 minit.
Anda juga boleh mengukur masa mengukus berdasarkan ketebalan ikan. Pastikan untuk memeriksa suhu dengan menusuk pisau dan merasakan dengan bibir bawah anda.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Michelin Guide
Baca juga: Sedap Rupanya Fish And Chips Guna Ikan Talapia, Bersama Sos Tartar
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…