Hat Yai merupakan destinasi pelancongan yang terkenal dengan variasi makanan halal sama ada di restoran mahupun street foods. Kalau anda merancang datang ke bandar ini, anda wajib mencuba 7 tempat makanan halal di Hatyai yang pasti menjanjikan kepuasan dan sesuai dengan citarasa kemelayuan anda!
Anda juga disarankan untuk merancang waktu dengan betul sekiranya ingin berkunjung ke semua restoran ini untuk mengelakkan menunggu dan beratur dengan lama.
Jom tengok tempat-tempat halal ini.
Baca lagi: Harga Sayur Naik 3 Kali Ganda Pada November Dan Disember, Ini Antara Sayur Yang Terjejas!
7 TEMPAT MAKANAN HALAL DI HATYAI YANG WAJIB CUBA!
1. Kai Tod Decha
Tak lengkap kalau ke Hat Yai tanpa singgah di restoran Kai Tod Decha ini. Restoran ini menawarkan hidangan klasik Thai seperti tom yum, tetapi yang paling popular adalah ayam goreng mereka yang lazat. Ayam goreng itu akan dihidangkan bersama nasi berwarna kuning yang sangat sedap dan sos cili Thai.
Kedai ini juga terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Hat Yai.
Waktu Operasi: Buka setiap hari; 10.30AM – 9.30PM
Alamat: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
2. ASEAN Night Bazaar
Bukan hanya restoran yang menarik di Hat Yai, tetapi juga pasar malam dan bazar di mana anda boleh menikmati pelbagai makanan halal. Jika datang ke ASEAN Night Bazaar, pastikan anda singgah di medan selera di tingkat 2 yang menawarkan pelbagai pilihan makanan halal.
Cari gerai-gerai Muslim yang menyajikan hidangan seperti kerang goreng rangup dengan tauge, nasi goreng udang, teh susu Thai, pulut mangga, sotong bakar dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 3PM – 10.30PM (Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu), 5PM – 10.30PM (Khamis), tutup pada hari Isnin
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
3. Khlong Hae Floating Market
Percutian anda tidak akan lengkap tanpa melawat pasar terapung ini. Pasar ini menawarkan pelbagai makanan halal dan juga menjadi simbol budaya masyarakat sana. Tiada masalah untuk mencari makanan halal kerana terdapat ramai peniaga Muslim di sini.
Anda wajib mencuba mi som tam, tomyam, telur puyuh goreng, air kelapa dalam bekas buluh dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 1 PM – 9 PM (Jumaat-Ahad), tutup Isnin hingga Khamis
Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
4. Dapor Muslim
Restoran kecil comel ini menawarkan masakan dari Selatan Thai yang sangat sedap seperti kerang bakar, ikan siakap masam serta sup daging. Untuk mencari restoran ini, sangatlah mudah kerana ia terletak berhadapan stesen kereta api Hat Yai.
Bak kata orang putih, hidden gem yang wajib anda cuba!
Waktu Operasi: Buka setiap hari; 6AM – 6PM
Alamat: 4/5 Thumnoonvithi Rd, Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand
5. Salma Halal Restaurant
Restoran Salma ini sangat sinonim dengan pelancong Malaysia kerana di sini tempatnya untuk anda merasa makanan Thai yang autentik seperti som tam, tomyam, makanan laut dan paling istimewa, kari hijau.
Tempatnya yang selesa sangat sesuai untuk anda datang dalam kumpulan yang besar! Jadi, jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini.
Waktu Operasi: Buka setiap hari; 8AM – 10PM
Alamat: 85/3 Thanon Prachathipat, Hat Yai, Thailand
6. Chabura Dimsum
Makanan dimsum ini mungkin agak pelik untuk dikatikan dengan Thailand, namun dimsum di Chabura sangat terkenal sebagai tempat makan pagi dan sekiranya anda terlewat sedikit, anda perlu menunggu lama. Jadi, rancanglah masa anda dengan betul.
Dimsum ini disajikan dalam pinggan logam kecil dalam pengukus, membolehkan anda mencuba pelbagai hidangan dalam satu pesanan. Jangan lupa untuk mencuba juga roti canai daging yang sangat popular di situ!
Waktu Operasi: Buka setiap hari; 6AM – 2PM
Alamat: 430 Ratthakan Road, Sapan dam, Khlong Hae, Hat Yai 90110, Thailand
7. Hamid Restaurant
Mencari restoran ini sangat mudah kerana ia berdekatan dengan Restoran Salma dan merupakan restoran milik penuh Muslim. Pelbagai hidangan yang disajikan seperti hidangan Thai, pencuci mulut, hidangan fusion dan pelbagai lagi.
Kalau anda dah bosan makanan berasaskan Thailand, cubalah sarapan gaya Amerika di sini!
Waktu Operasi: 10AM – 10PM (Isnin-Jumaat), 7AM – 10PM (Sabtu-Ahad)
Alamat: 73-75 Prachathipat Rd, ตำบล หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Selamat bercuti dan selamat mencuba!
Sumber: The Halal Xplorer
Baca lagi: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!