pes masakan

Pes masakan bukan saja memudahkan untuk kita memasak di dapur. Malah proses memasak juga akan menjadi pendek dan menjimatkan masa.

Lebih-lebih lagi buat ibu yang bekerja. Walaupun penat selepas pulang dari pejabat, tetap perlu memasak untuk makan malam buat seisi keluarga.

Dengan adanya pes masakan ini, anda hanya perlu menambah lauknya. Tidak perlu susah-susah mengopek bawang, mengisar dan menumis. Jom kita lihat 9 resepi pes masakan yang wajib ada di dapur rumah.

Baca juga: Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap & Pekat, Nampak Sama Tapi Rasa Lain-Lain

RESIPI PES MASAKAN HOMEMADE

1. Pes Rendang Ayam/Daging

Bahan kisar:

  • Ayam 2 ekor / daging 2 kg
  • Segenggam cili kering
  • Cili padi ikut tahap pedas masing2
  • 10 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 3 inci halia
  • Lengkuas 3x ganda banyak dari halia
  • 7-8 batang serai
  • 6 sudu besar ketumbar (sangai)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit
  • 7 helai daun limau (buang urat)
  • Gula melaka 2 keping
  • Gula putih 1 sudu
  • Garam 3 sudu

Cara-cara:

  1. Masak sampai pecah minyak.
  2. Masukkan 2/3 cawan air, kemudian masak lagi sehingga pecah minyak.
  3. Biarkan masak lama sedikit supaya pes tahan lebih lama.
  4. Untuk garam dan gula, seimbangkan sewaktu masak rendang nanti.

2. Pes Masakan Asam Pedas

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 6 biji”
  • Bawang putih 1 labu*
  • 3 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 2 kuntum bunga kantan*
  • Belacan 2 inci*
  • 6 senduk Cili kering kisar.(Ikut tahap kepedasan yang anda inginkan)
  • Halba 1 sudu
  • Asam jawa
  • Garam, gula, perasa

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*).
  2. Panaskan minyak. Masukkan halba, terus tumis cili dan bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan 2 cawan air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pati asam jawa, garam, gula Masak dalam 3 minit lagi. Sejukkan sebelum simpan dalam freezer.

3. Pes Ayam/Daging Kicap Berempah

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili kering*
  • 10 biji cili api*
  • 10 ulas bawang merah*
  • 8 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 2 sb jintan manis ※
  • 1 sb lada hitam biji ※
  • 1 sb ketumbar biji ※
  • Air asam jawa
  • Minyak, garam, gula
  • 5 sudu kicap pekat (jenama jalen)
  • 4 sb sos cili, sos tiram, kicap manis

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*) dan goreng bahan bertanda (*) tanpa minyak.
  2. Kemudian tumis dengan minyak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan 2 cawan air dan masak sekali lagi sehingga pecah minyak.
  4. Perasakan dengan sos-sos, garam dan gula.
  5. Sejukkan dan packing mengikut sukatan yang diingini.

4. Pes Kari Ayam/Daging

Bahan-bahan:

  • 5 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 pelepah daun kari
  • 4 pek kecil serbuk kari ayam
  • 1 pek kecil serbuk kari ikan
  • 2 senduk cili kisar
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis*
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 2 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 2 cawan minyak

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga nampak minyak terbit.
  3. Masukkan 2 atau 3 cawan air. Masak sekali lagi sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan semua bahan bertanda (*). Masak lagi dalam 10 minit.

5. Pes Tomyam Thai

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang besar
  • 4 batang serai
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 7 helai daun limau purut buang urat tengah
  • 4 sudu makan udang kering
  • 2 inci belacan bakar
  • 2 senduk makan cili kering kisar
  • Jus limau
  • Sos ikan 4 sudu makan.
  • Sedikit gula merah thai/gula melaka.
  • 2 cawan air

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan dan tumis sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan air, kemudian tumis sekali lagi sehingga pecah minyak.

6. Pes Ibu Sambal

pes masakan

Bahan-bahan:

  • *2 genggam cili kering tak pedas.
  • *2 genggam cili pedas
  • *5 biji Bawang besar
  • *2 labu bawang putih
  • *Segenggam ikan bilis
  • Sekeping gula melaka
  • 3 sudu gula
  • 2 sudu besar garam
  • Air asam jawa
  • Sehelai daun pandan

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda *. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 3 cawan air, gula melaka dan daun pandan.
  3. Masak lagi biar sampai terbit minyak.
  4. Masukkan air asam gula dan garam. Masak sampai sambal bertukar warna merah gelap.
  5. Dah siap, biarkan sejuk kemudian simpan dalam bekas ikut sukatan sekali masak. Simpan dalam peti sejuk beku.

7. Pes Masakan Sambal Hijau

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili hijau besar
  • 15-20 biji cili padi hijau
  • 1-2 biji bawang besar (saiz sederhana/besar)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1-2 keping asam gelugur
  • 1-2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh serbuk perasa (optional)
  • 1 senduk minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Kisar kasar cili hijau, cili padi, bawang besar dan bawang putih.
  2. Tumis sehingga pecah minyak.

8. Pes Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili kering – rebus dan kisar
  • 20 biji cili merah*
  • 4 biji tomato *
  • 15 ulas bawang merah *
  • 10 ulas bawang putih *
  • 3 inci halia *
  • 2 keping gula melaka
  • 5 sudu makan sos cili
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 1 tin tomato puri
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*).
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan 2 cawan air dan masakkan sekali lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan gula melaka, tomato puri, garam, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
  4. Masak hingga pes kering dan pekat. Bila dah sempurna, padamkan api dan sejukkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk beku.

9. Pes Masakan Ikan Bakar

pes masakan

Bahan-bahan:

  • 4 inci lengkuas
  • 4 inci halia
  • 8 batang serai
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 biji bawang besar
  • 3 biji bawang holland
  • 2 sudu udang kering
  • 2 inci belacan bakar
  • 15 biji cili padi – boleh tambah kalau mahu pedas
  • 3 senduk cili kering kisar
  • 6 helai limau purut buang urat tengah

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan, kemudian tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan garam, gula dan pes asam jawa.
  3. Masukkan secawan air.
  4. Tumis sekali lagi sehingga pecah minyak, siap!
  5. Bila nak masak ikan bakar, lumurkan saja pes ni.

Kredit: Faizah Husain

Baca juga: Cara Buat Pes Shellout Homemade, Bila Nak Masak Pes Dah Ready!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN