
Seorang wanita berkongi detik cemas apabila termakan karipap berkulat yang dibelinya. Siapa yang tak geram, kan? Niat hati nak makan karipap panas yang rapuh dan berinti padat, tapi lain pula jadinya.
Menerusi perkongsian video daripada pengguna TikTok bernama Nikaada, dia meluahkan rasa terkejut apabila mendapati inti kuih tersebut sudah dipenuhi kulat hijau yang sangat tebal dan menggelikan.
Baca juga: RM26 Sebekas Tapi Tetap Jadi Rebutan, Nasi Ayam Jualan Ibu Neelofa Raih Pelbagai Reaksi Netizen
Wanita Terkejut Beli Karipap Berkulat

Dalam loghat Kelantan yang pekat, wanita ini mempersoalkan tindakan peniaga terbabit yang tergamak menjual makanan lama kepada pelanggan.
“Aku ni malas nok (nak) kecek (cakap) huduh (buruk), tapi gak. Beli pagi tadi (semalam) dekat Pasar S*** K*******. Karipap hok zaman bilo (bila) lagi ni mok cik (mak cik) duk jual.
Nasib baik aku ni jenis kekoh (buka) makanan dulu sikit pahtu (lepas tu) tengok baru makan,” katanya.
Mujur jugalah dia ada tabiat memeriksa makanan terlebih dahulu sebelum menyuapnya ke dalam mulut. Kalau tak, memang nanyalah kena penangan keracunan makanan!
Difahamkan, wanita tersebut tidak berdiam diri dan telah pun membuat laporan rasmi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui aduan e-mel untuk tindakan lanjut.
Netizen Mula Buka Cerita, Rupanya Ramai Dah Terkena!
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya mengecam sikap tidak bertanggungjawab peniaga terbabit yang sanggup mengitar semula kuih lama demi mengaut keuntungan ringgit. Malah, ada juga netizen yang sempat berseloroh menyamakan kuih tersebut dengan zaman purba!
“Karipap zaman Majapahit ke ni? Ada ore (orang) recycle kuih lama rupanya. Ingatkan tak habis semua sedekah kokre (pada orang),” seloroh seorang netizen bernama Adamdaniyal.
“Saya kena juga beli dodol bulan puasa hari tu. Beli dodol tiga perasa, pergi pagi lepas berbuka nak makan rasa pelik. Tengah-tengah dah berkulat. Bukan satu berkulat, tiga-tiga dah naik kulat bahagian bucu plastik. Ralat sangat tak perhati betul-betul masa beli sebab masa tu tengah dukung anak,” komen Fieza.
“Dah pernah keno, beli kuih apam polkadot. Beli sebelah pagi niat hati nak bawa pergi rumah orang kenduri. Sampai tempat kenduri, saya buka nak letak atas meja, penuh naik kulat bintik-bintik. Tuhan lah tahu malunya saya kat tuan rumah. Jual kuih zaman bila lah,” komen Hazma.
Sumber: Thread
Baca juga: Dari Kotak Susu Jadi Pemegang Minuman, Kreativiti Barista Stesen Minyak Ini Curi Perhatian Netizen!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














