
Ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed kembali menjadi perhatian ramai apabila perniagaan makanan miliknya, Nasi Ayam Mama Tini terus mendapat sambutan pelanggan.
Terbaharu, menu nasi ayam berharga RM26 sebekas itu kembali tular selepas pelanggan menyedari perubahan pada saiz bekas makanan yang digunakan. Namun begitu, harga jualan masih dikekalkan seperti sebelum ini.
Dalam masa sama, ada pelanggan yang menyatakan saiz ayam yang diberikan kini kelihatan lebih besar berbanding sebelum ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pembeli.
Baca juga: Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!
IBU NEELOFA JUAL NASI AYAM RM26 UNDANG PELBAGAI REAKSI NETIZEN
View this post on Instagram
Perkongsian di media sosial menunjukkan pelbagai pandangan daripada netizen. Ada yang melihat harga tersebut sebagai agak mahal berdasarkan kualiti, rasa dan saiz hidangan yang disediakan.
“Kalau sedap dan portion besar memang berbaloi RM26,” antara komen netizen.
Dalam masa sama, ada juga pelanggan yang menyatakan ia bergantung kepada cita rasa dan keutamaan masing-masing, terutama dari segi kualiti dan pengalaman menikmati hidangan tersebut.
Sebelum ini, Nasi Ayam Mama Tini yang diperkenalkan oleh ibu Neelofa itu sering menjadi perhatian kerana konsep hidangan serta harganya yang dianggap premium berbanding nasi ayam biasa di pasaran.
Walaupun menerima pelbagai reaksi, menu tersebut terus mendapat pelanggan tersendiri dan kekal menjadi antara hidangan yang kerap dibincangkan di media sosial.
Sumber: Thread
Baca juga: Dari Kotak Susu Jadi Pemegang Minuman, Kreativiti Barista Stesen Minyak Ini Curi Perhatian Netizen!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














