Categories: Resipi

Kuetiau Basah Rasa Macam Di Kedai, Resipi Viral Ini Ramai Dah Cuba & Semua Memang Puas Hati!

Kalau anda peminat kuetiau basah, resipi perkongsian Nor Farah Atika ini memang wajib cuba. Ia pernah tular di TikTok dan Facebook apabila ramai yang mencuba dan mengakui rasanya betul-betul macam kuetiau basah di kedai dengan kuah pekat dan cukup rasa.

Resipi ini terhasil apabila Farah teringin makan char kuetiau ketika berpuasa lalu memasaknya sendiri untuk berbuka. Tak sangka, guna bahan yang ada sahaja, hasilnya jadi kuetiau basah rasa premium macam kedai, sampai buat penat hilang bila baca komen positif daripada yang sudah mencuba.

Baca juga: Kuetiau Keras Kejung Daripada Peti Sejuk, Guna Cara Ini Confirm Licin & Tak Melekat Bila Goreng!

RESIPI KUETIAU BASAH

Bahan-bahan utama:

  • Kuetiau secukupnya
  • Udang atau kerang (ikut selera)
  • 2 biji telur
  • Kucai secukupnya

Bahan-bahan tumis dan perasa:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah rose (saiz kecil)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 4–5 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 8–9 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar gula
  • Garam atau serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan air

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan kuetiau dengan sedikit kicap lemak manis. Ketepikan supaya kuetiau tidak melekat ketika dimasak.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah rose sehingga naik bau dan sedikit keperangan.

3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap sotong dan kicap lemak manis. Kacau sehingga sos menggelegak dan sebati.

4. Masukkan 1 cawan air. Perasakan dengan garam atau serbuk perasa dan masukkan gula. Biarkan kuah mendidih.

5. Masukkan udang atau kerang dan masak sehingga betul-betul masak dan kuah kembali menggelegak.

6. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Kacau perlahan supaya telur berserat dan kuah kuetiau basah jadi lebih pekat.

7. Masukkan kuetiau yang telah digaul tadi. Gaul rata hingga kuah menyelaputi kuetiau dengan sempurna.

8. Masukkan kucai, kacau seketika dan tutup api. Siap!

Tip Penting Supaya Kuetiau Basah Jadi Lagi Power

  • Gunakan api agak kuat untuk hasilkan rasa ala kedai
  • Jangan kacau telur terlalu laju supaya kuah lebih cantik
  • Kicap sotong memainkan peranan besar pada warna dan rasa
  • Masukkan kuetiau di saat kuah sedang mendidih

Resipi kuetiau basah ini memang sesuai untuk menu keluarga atau bila-bila masa teringin hidangan berkuah pekat yang mengenyangkan. Kalau anda peminat kuetiau basah, resipi ini memang wajib cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Kuetiau Goreng Thai Sempoi, Rahsia Sukatan Sos Buat Rasa Seimbang Dan Tak Muak

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

5 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

6 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

7 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

9 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

10 hours ago