kuey teow goreng thai

Buat anda yang jarang masak menu masakan Thai di rumah, wajib cuba masak kuey teow goreng Thai. Menu ini bukan saja sangat sedap, malah cepat disediakan.

Resipi yang dikongsikan oleh Eka Zahra di Facebook bukanlah kuetiau goreng biasa, tapi aromanya mampu buat keluarga di rumah terliur nak makan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuetiau Sup Thailand, Pekena Semangkuk Terus Tak Toleh Kiri Kanan!

RESIPI KUEY TEOW GORENG THAI

kuey teow goreng thai

Bahan-bahan:

  • 450g kuetiau
  • 200g udang (dibuang kulit kecuali ekornya)
  • 2 keping fishcake (dihiris)
  • 6 biji fishball (dihiris)
  • Daun kucai (dihiris)
  • Daun ketumbar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu teh air limau nipis
  • Serbuk perasa
  • Serbuk cili kasar

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi merah

Cara-cara masak:

  1. Tumis bahan-bahan kisar sampai wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos ikan dan serbuk perasa, kemudian kacau sebati.
  3. Masukkan fishcake dan fishcall, kemudian tumis sampai masak.
  4. Kemudian, masukkan udang dan masak sampai berubah warna.
  5. Masukkan air limau nipis dan kacau rata.
  6. Masukkan kuetiau, sebatikan dan masak sekejap sambil dikacau.
  7. Seterusnya, masukkan hirisan daun kucai dan daun ketumbar, kemudian kacau sebati.
  8. Akhir sekali, tutup api dan taburkan serbuk cili kasar.

Selamat mencuba!

Sumber: Eka Zahra

Baca juga: Tips Goreng Kuetiau Tak Melekat, Hasilnya Berderai Cantik Macam Dekat Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN