Categories: Resipi

Peniaga Kongsi Resipi Kuah Laksa Thai, Sedap ‘Luar Biasa’ Sampai Ramai Repeat Order!

Kredit gambar: Astiey Nurasiah, Rara Riri

Seorang peniaga laksa Thailand berkongsi satu Resipi Kuah Laksa Thai yang sering digunakannya untuk berniaga.

Pada mulanya, beliau mula menjual laksa ini kerana ingin menghabiskan 2,000 bekas lebihan jualan kurma.

Namun siapa sangka, bukan setakat 2,000 sahaja yang habis dijual, malah hampir 8,000 bekas berjaya dijual. Ramai pelanggan membuat repeat order kerana rasanya yang sangat sedap.

Terima kasih kepada Puan Astiey Nurasiah atas kesudian berkongsi resipi ini. Jadi, jangan lupa cuba masak sendiri di rumah ya!

Baca juga: Tips Rebus Mi Laksa Supaya Tahan Lama, Serius Tak Berlendir Langsung!

RESEPI KUAH LAKSA THAI

Bahan-bahan kuah:

  • 1 kg ikan sardin – direbus bersama 7 keping asam keping dan 1 sudu besar garam
  • 1 biji bawang merah besar atau 10 biji bawang kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2-3 ketul kunyit hidup*
  • 3 batang serai*
  • 10 biji cili padi (lebihkan jika suka pedas)*
  • Belacan sebesar ibu jari (pilihan – elakkan jika ada alahan)*
  • Daun limau purut secukupnya
  • 1 liter santan pekat
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Daun selasih (jika ada – untuk aroma lebih wangi)

Cara penyediaan:

  1. Asingkan isi dan tulang ikan sardin. Kisar isi ikan hingga halus. Kisar juga tulang ikan secara berasingan, kemudian tapis dan ambil airnya. Air rebusan ikan tadi juga digunakan.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*).
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama isi ikan yang dikisar dan air tulang ikan.
  4. Masak dengan api kecil hingga kuah mendidih. Pastikan bahan benar-benar masak dan hilang bau mentah. (Semasa berniaga dulu, kuah ini dimasak sehingga 4 jam untuk hasil yang lebih padu.)
  5. Setelah mendidih, masukkan santan pekat, garam, gula, serbuk perasa, baki asam keping, daun limau purut dan daun selasih jika suka. Masak lagi hingga sebati.

Tip: Kalau masak untuk makan sendiri, boleh masukkan belacan untuk rasa lebih umami. Tapi untuk hidangan ramai atau berniaga, boleh elakkan jika risau alahan.

Sumber: Astiey Nurasiah

Baca juga: Cara Buat Asam Laksa Sedap Terangkat, Isi Ikan Seketul-Seketul Macam Ni Baru Puas!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

5 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

5 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

5 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

6 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

6 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

10 hours ago