cili padi merah

Cili padi merah dan hijau memang antara bahan wajib ada di dapur kita, terutama bagi yang suka masakan pedas. Tapi bila dah beli banyak dan tak sempat guna semua, beberapa hari kemudian cili mula layu, busuk atau berkulat. Sayang kan?

Sebenarnya ada cara mudah untuk buat cili api tahan lebih lama, malah boleh kekal segar hingga dua minggu atau lebih. Petua ini sangat ringkas dan tak perlukan bahan pelik pun. Cukup dengan tisu dapur dan bekas bertutup. Jom ikuti langkah-langkahnya di bawah!

Baca juga: Petua Mak-Mak Simpan Rebung Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Masih Elok & Tak Masam!

CARA SIMPAN CILI PADI MERAH DAN HIJAU AGAR TAHAN LAMA

cili padi merah

Langkah-langkah:

  1. Buang tangkai cili api terlebih dahulu. Ini penting untuk kurangkan kelembapan dan elak cili cepat busuk.
  2. Sediakan bekas kedap udara untuk simpan cili.
  3. Lapikkan 2 hingga 3 helai tisu dapur di bahagian bawah bekas. Tisu ini akan menyerap lebihan kelembapan yang boleh menyebabkan cili cepat rosak.
  4. Masukkan cili yang telah dibuang tangkainya ke dalam bekas tadi.
  5. Tutup bekas dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk (ruang sayur).

Dengan cara ini, cili api boleh tahan lebih lama, kadang-kadang sampai 2 minggu lebih pun masih elok dan segar!

Sumber: Noor SaffOne

Baca juga: Cara Bersihkan Segala Lumpur Dalam Perut Kerang, Hanya Guna ‘2 Bahan’ Dapur Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN