Categories: Resipi

Resipi Kuetiau Kungfu Ekstra Sayur, Lagi Puas Makan Bila Masak Sendiri!

Jom cuba sendiri resipi kuetiau kungfu ini di rumah. Memang puas hati sebab boleh letak sayur ikut cita rasa, lagi banyak lagi sedap!

Menu ini juga boleh dikira sebagai comfort food selepas penat seharian bekerja. Setiap suapan memang terasa kenikmatannya.

Kalau anda teringin nak cuba, Puan Afy AL Habibi ada kongsikan resipi lengkap di bawah sebagai rujukan. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Kuetiau Goreng Basah, Masak Sendiri Lagi ‘Kick’ Dari Kedai!

RESIPI KUETIAU KUNGFU

Bahan-bahan goreng kuetiau:

  • 1 ½ genggan kuetiau
  • 1 biji telur
  • Setitik dua kicap sotong
  • 1 ½  sudu besar tepung jagung

Cara-cara goreng kuetiau:

  1. Lalukan kuetiau di bawah air paip.
  2. Pecahkan telur ke dalam kuetiau, masukkan kicap sotong dan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Campuran ini akan menjadikan kuetiau lebih rangup selepas digoreng.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan campuran kuetiau tadi.
  4. Goreng sambil balik-balikkan sehingga kuetiau menjadi garing. Toskan dan angkat.
  5. Susun atas pinggan, ketepikan sementara sediakan kuahnya pula.

Bahan-bahan kuah:

  • Hirisan sayur-sayuran: daun kailan, batang kailan, kubis, kubis bunga, lobak merah, jagung muda (baby corn), cendawan tiram
  • 2 tangkai cili padi (dipecahkan)
  • Hirisan cili merah
  • ½ bawang holland (jika suka)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 titik kicap golden
  • 1 titik minyak bijan
  • 2 titik air limau
  • 1 sudu kecil kicap sotong
  • 1 renjis serbuk lada sulah
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Isi ayam
  • Udang
  • Sotong
  • 2 ulas bawang putih (racik/pecahkan)
  • 1 biji telur (guna ⅓ biji sahaja)
  • 2 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
  • 300ml air kosong

Cara buat kuah:

  1. Panaskan 1 sudu minyak masak
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam. Setelah ayam agak mengecut, masukkan udang dan sotong. Kacau sebentar.
  3. Tuangkan air bersama semua bahan perasa: sos tiram, kicap Golden, minyak bijan, air limau, kicap sotong, lada sulah, garam, gula dan perasa pilihan.
  4. Bila kuah mula mendidih, masukkan kubis dan kubis bunga terlebih dahulu kerana ia ambil masa sedikit untuk empuk.
  5. Selepas 2 minit, masukkan sayur-sayuran dan bahan lain yang selebihnya.
  6. Tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur kuah yang likat tapi tidak terlalu pekat.
  7. Pecahkan ⅓ biji telur dan tuang ke dalam kuah. Tunggu dua hingga tiga saat sebelum dikacau perlahan agar tekstur telur lebih cantik.
  8. Setelah semuanya masak, tutup api segera supaya sayur kekal segar dan kuah tidak terlalu lama dimasak.

Bahan-bahan cili potong:

  • Cili padi hijau
  • Cili padi merah
  • Kicap cair (secukupnya)

Cara buat cili potong:

  1. Hiris cili padi hijau dan merah nipis-nipis.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan tuang sedikit kicap cair.
  3. Siap untuk dihidang bersama kuetiau kungfu.

Bahan hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun bawang (dihiris)
  • Daun sup (dihiris, gunakan sedikit sahaja)
  • Serbuk lada sulah (renjis sedikit)

Bahan-bahan hiasan ini boleh ditabur di atas kuetiau kung fu sebelum dihidangkan untuk menaikkan aroma dan rupa hidangan.

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

Wan N

Recent Posts

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…

7 hours ago

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

7 hours ago

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

13 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

13 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

14 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

14 hours ago