laksa beras

Bagi penggemar laksa, satu masalah yang sering terjadi bila masak dalam kuantiti banyak adalah mee laksa ini cepat berlendir kalau dibiarkan lama.

Biasanya lepas beberapa jam, laksa akan mula jadi melekit, berlendir dan berbau. Tapi rupanya, ada cara mudah dan terbukti berkesan untuk elakkan laksa jadi seperti itu.

Jika cuba petua di bawah, mi laksa akan tahan sampai ke malam dan keesokan harinya. Ia langsung tak berlendir walaupun tak simpan dalam peti sejuk. Laksa juga tak perlu dibilas atau direndam ketika mahu dimakan.

Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!

PETUA ELAK MEE LAKSA BERLENDIR

laksa beras

Bahan-bahan:

  • 2 peket laksa beras
  • 8 keping asam keping
  • Air secukupnya untuk merebus

Langkah-langkah:

  1. Rebus air dalam periuk besar hingga mendidih.
  2. Masukkan laksa beras dan 8 keping asam keping ke dalam air mendidih.
  3. Biarkan laksa masak seperti biasa hingga lembut. Jangan terlebih masak.
  4. Setelah masak, toskan air rebusan, tapi biarkan asam keping bersama laksa dalam bekas.
  5. Simpan laksa dalam bekas bertutup tanpa perlu masuk peti sejuk.
  6. Hasilnya, laksa kekal segar, tidak berlendir dan tak perlu dibilas lagi walaupun lepas beberapa jam.

Sumber: Norliza Asbudi

Baca juga: Petua Segarkan Tauge Yang Lebam & Hitam, Rendam Dalam ‘Bahan Ini’ Auto Jadi Putih Berseri!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN