Travel memang seronok kerana dapat lihat tempat baru, rasa makanan unik dan belajar budaya baru. Tapi dalam keseronokan, anda perlu mengamalkan tips badan sihat semasa travel juga.
Bagi yang Muslim, bab makanan halal memang jadi isu utama. Tapi sekarang ramai juga mula fikir nak amalkan gaya hidup sihat supaya kekal ringan dan segar sepanjang perjalanan.
Jadi, bagaimana nak seimbangkan supaya dapat jaga makan, tapi tak nak hilang mood percutian? Jom tengok beberapa tips badan sihat, kenyang dan seronok semasa travel ini.
Baca juga: 5 Resipi Sup Halal Dengan Bahan Sunnah, Badan Pun Rasa Tenang Waktu Travel!
Kredit gambar: freepik dari Freepik
1. Cari makanan halal siap-siap.
Sebelum travel, cari awal tempat makan halal guna apps macam Zabihah, HalalTrip atau Google Maps, taip saja “halal food near me”.
Jika susah jumpa restoran halal, pilih makanan asas seperti roti, telur, salad atau vegetarian. Di pasar raya, semak label dan elak bahan meragukan seperti gelatin atau alkohol.
*Tips: pilih penginapan dekat komuniti Muslim, senang cari makanan halal dan tempat solat.
2. Amalkan ‘eat clean’ sepanjang perjalanan.
Eat clean semasa travel bukan bermaksud makan salad saja, cukup dengan pilih makanan ringkas, kurang proses dan tak berminyak seperti ayam bakar, nasi sayur atau sup.
Lebih baik bawa snek sihat dari rumah seperti kekacang, granola bar atau buah kering dan elakkan junk food (makanan ringan). Apabila badan rasa ringan, travel pun jadi lebih seronok dan bertenaga.
3. Bawa air sendiri dan kurangkan minuman bergula.
Kredit gambar: tirachard dari Freepik
Semasa travel, jangan lupa minum air. Banyak bergerak atau duduk lama boleh buat badan cepat dehidrasi. Bawa botol air sendiri untuk isi semula dan elak minuman manis yang buat cepat lesu.
*Tips: sediakan tumbler kecil dengan uncang teh atau oat segera, mudah bancuh apabila lapar.
4. Jangan terlalu ikut nafsu apabila makan.
Semasa travel, kita jadi mudah terlebih makan sebab teruja. Oleh itu, perlu kawal bahagian hidangan, ikut waktu makan biasa dan guna konsep suku-suku separuh untuk seimbang.
Jika susah jumpa makanan halal atau sihat, bawa saja bekal ringkas seperti sandwich telur atau overnight oats.
5. Gerakkan badan walaupun bercuti.
Travel bukan alasan untuk malas bergerak. Banyakkan berjalan, naik tangga atau buat regangan ringkas bersama keluarga atau geng travel anda pada waktu pagi.
Jika ke taman atau pantai, boleh jalan santai sambil hirup udara segar. Aktiviti ringan seperti ini cukup untuk kekalkan tenaga dan buat mood travel lebih seronok.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik
Sumber: Jeju Muslim Travel
Baca juga: 10 Minuman Halal & Menyegarkan Untuk Legakan Dahaga Di Jepun, No. 3 Tu Ramai Tak Tahu Halal
Petua jika terkena minyak panas penting diketahui oleh setiap orang yang selalu berada di dapur,…
Pasti ramai yang belum pernah cuba pengat cempedak kan? Gabungan isi cempedak yang masak ranum…
Kuih Tok Aji Serban atau lebih dikenali sebagai pulut sekaya merupakan antara kuih tradisional Melayu…
Setiap kali Isnin hingga Jumaat, menghadap laptop sampai mata rasa juling, otak terus auto-play lagu…
Ayam kengsom merupakan antara hidangan berkuah masam pedas yang cukup terkenal kerana rasanya yang segar…
Pernahkah anda berdepan situasi seperti ini? Selepas penat menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga, proses membersihkan…