
Kredit gambar: Astiey Nurasiah, Rara Riri
Seorang peniaga laksa Thailand berkongsi satu Resipi Kuah Laksa Thai yang sering digunakannya untuk berniaga.
Pada mulanya, beliau mula menjual laksa ini kerana ingin menghabiskan 2,000 bekas lebihan jualan kurma.
Namun siapa sangka, bukan setakat 2,000 sahaja yang habis dijual, malah hampir 8,000 bekas berjaya dijual. Ramai pelanggan membuat repeat order kerana rasanya yang sangat sedap.
Terima kasih kepada Puan Astiey Nurasiah atas kesudian berkongsi resipi ini. Jadi, jangan lupa cuba masak sendiri di rumah ya!
Baca juga: Tips Rebus Mi Laksa Supaya Tahan Lama, Serius Tak Berlendir Langsung!
RESEPI KUAH LAKSA THAI

Bahan-bahan kuah:
- 1 kg ikan sardin – direbus bersama 7 keping asam keping dan 1 sudu besar garam
- 1 biji bawang merah besar atau 10 biji bawang kecil*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 inci lengkuas*
- 2-3 ketul kunyit hidup*
- 3 batang serai*
- 10 biji cili padi (lebihkan jika suka pedas)*
- Belacan sebesar ibu jari (pilihan – elakkan jika ada alahan)*
- Daun limau purut secukupnya
- 1 liter santan pekat
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Daun selasih (jika ada – untuk aroma lebih wangi)
Cara penyediaan:
- Asingkan isi dan tulang ikan sardin. Kisar isi ikan hingga halus. Kisar juga tulang ikan secara berasingan, kemudian tapis dan ambil airnya. Air rebusan ikan tadi juga digunakan.
- Kisar halus bahan bertanda (*).
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama isi ikan yang dikisar dan air tulang ikan.
- Masak dengan api kecil hingga kuah mendidih. Pastikan bahan benar-benar masak dan hilang bau mentah. (Semasa berniaga dulu, kuah ini dimasak sehingga 4 jam untuk hasil yang lebih padu.)
- Setelah mendidih, masukkan santan pekat, garam, gula, serbuk perasa, baki asam keping, daun limau purut dan daun selasih jika suka. Masak lagi hingga sebati.
Tip: Kalau masak untuk makan sendiri, boleh masukkan belacan untuk rasa lebih umami. Tapi untuk hidangan ramai atau berniaga, boleh elakkan jika risau alahan.
Sumber: Astiey Nurasiah
Baca juga: Cara Buat Asam Laksa Sedap Terangkat, Isi Ikan Seketul-Seketul Macam Ni Baru Puas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














