Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan kuah kacang resepi guna 3 bahan. Menurutnya, resipi ini adalah turun-temurun yang dipelajari dari ayahnya.
Bukan hanya menggunakan bahan yang ringkas, cara penyediaannya juga cukup senang dan tidak renyah.
Selain resipi kuah kacang, beliau turut berkongsikan resipi cucur udang dan petua supaya lebih rangup selepas digoreng. Selamat mencuba!
Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!
KUAH KACANG RESEPI GUNA 3 BAHAN
Bahan-bahan utama:
- Cili kering goreng
- Kacang goreng
- Asam jawa
Bahan perasa:
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa
Cara membuatnya:
- Pertama sekali, panaskan minyak dengan api perlahan. Masukkan cili dan goreng sampai cili garing.
- Kemudian, tapis cili kering dan kisar bersama air asam jawa sehingga halus. Ketepikan seketika.
- Selepas itu, goreng pula kacang tanah dalam minyak bekas goreng cili kering tadi.
- Tapis kacang dan terus masukkan ke dalam pengisar berisi cili kering tadi.
- Kisar kacang bersama cili kering sehingga halus.
- Kemudian, tuang semua bahan kisar ke dalam kuali. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
- Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
RESIPI CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
- Tepung gandum
- Serbuk kunyit
- Udang
- Daun kucai
- Tauge
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Bancuh tepung gandum dan serbuk kunyit dengan air. Guna air sejuk supaya rangup. Masukkan juga dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas tepung sudah sebati dengan air, masukkan udang, daun kucai dan tauge.
- Sambung gaul sehingga semuanya bercampur rata.
- Goreng cucur udang menggunakan minyak goreng cili dan kacang tadi sahaja.
- Cucur udang sedia untuk dimakan dengan kuah kacang tadi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Noor Azreen Aziz
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!