Nama masakan kali ini agak sedikit unik iaitu gobi manchurian. Kalau korang nak tahu gobi bermaksud kobis bunga. Manchuria adalah satu kawasan di negara China, tetapi masakan ini dikhabarkan dicipta oleh tukang masak restoren Cina di India. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nama masakan kali ini agak sedikit unik iaitu gobi manchurian. Kalau korang nak tahu gobi bermaksud kobis bunga. Manchuria adalah satu kawasan di negara China, tetapi masakan ini dikhabarkan dicipta oleh tukang masak restoren Cina di India. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
300 g kobis bunga
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kicap soya
1 sudu cili kisar
1 tangkai daun bawang
2 ulas bawang putih
1 inci hirisan halia
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada sulah
Garam mengikut cita rasa
Kredit: Kamarul Ariffin
Cuci bersih kobis dan rendam dalam air panas selama 2-3 minit. Tos airnya, dan tinggalkan sedikit air. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, dan lada sulah.
Gaul kobis menggunakan tangan sehingga rata. Bancuh mengikut cita rasa masing-masing. Jangan terlalu tebal, kalau tebal sangat nanti, macam cucur pula.
Goreng kobis sehingga keemasan. Api kena sederhana besar.
Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian tumis pula cili kisar sampai garing.
Masukkan sos tomato, kicap manis, air ½ cawan, batang daun bawang, garam dan gula secukup rasa.
Kemudian letak air bancuhan tepung jagung untuk likatkan sos ini supaya boleh melekat pada kobis.
Masukkan kobis, matikan api, dan gaul sehingga rata.
Taburkan bawang dan siap boleh di makan begitu sahaja.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…