Categories: Informasi

Ayam Masak Merah Ala Pakistan, Jom Cuba Resepi Ayam Karahi Mudah & Ringkas!

Ayam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular di kalangan warga Pakistan. Kalau di negara kita, ayam karahi boleh dikatakan lebih kurang seperti ayam masak merah cuma rempah ratus yang digunakannya agak berbeza. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

AYAM KARAHI

Ayam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular di kalangan warga Pakistan. Kalau di negara kita, ayam karahi boleh dikatakan lebih kurang seperti ayam masak merah cuma rempah ratus yang digunakannya agak berbeza. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • ½ ekor ayam

  • 1 biji tomato

  • 2 ulas bawang putih

  • 3 inci halia

  • 1 tangkai cili hijau

  • 1 sudu kecil serbuk paprika

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

  • 1 sudu kecil garam masala

  • 1 sudu kecil kunyit

  • 1 tangkai daun ketumbar

  • Garam dan gula secukup rasa

Kredit: Kamarul Ariffin

CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ayam yang telah di perasakan dengan garam. Goreng separuh masak sahaja, sampai kulit dia kuning.

  • Kemudian masukkan tomato. Goreng tomato sehingga isi dia lembut, dan kulitnya tertanggal.

  • Masukkan bawang putih dan halia yang dicincang atau disagat.

  • Masukkan serbuk rempah ratus. Tambah sedikit air jika terlalu kering, kemudian masak sehingga rempah masak, dan kering. Letak garam dan gula secukup rasa.

  • Masukkan cili hijau dan hirisan halia yang dipotong memanjang. Masak sebentar dan dah boleh dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Wan N

    Recent Posts

    3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

    Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

    3 hours ago

    Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

    Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

    3 hours ago

    Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

    Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

    5 hours ago

    Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

    Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

    5 hours ago

    Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

    Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

    5 hours ago

    Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

    Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

    6 hours ago