Categories: Informasi

Resepi Mee Hailam Urat Keting, Kuah Pekat & Rasa Memang ‘Kaw’!

Kalau dah biasa makan mee hailam letak ayam, udang atau daging, korang boleh variasikan lauk mee hailam korang dengan meletakkan urat keting. Rasanya memang sedap, satu mangkuk pun tak pasti cukup. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cek Yah di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MEE HAILAM URAT KETING

Kalau dah biasa makan mee hailam letak ayam, udang atau daging, korang boleh variasikan lauk mee hailam korang dengan meletakkan urat keting. Rasanya memang sedap, satu mangkuk pun tak pasti cukup. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cek Yah di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus mee kuning

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 cawan air rebusan daging

  • Air secukupnya

  • 3 sdb sos tiram

  • 2 sdb kicap

  • 1/2 batang lobak merah

  • Sayur sawi

  • 4-5 tangkai cili padi

  • 2 sdk serbuk lada hitam

  • 2 sdb tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

  • Garam dan gula secukup rasa

Kredit: Cek Yah

CARA PENYEDIAAN
  • Tumis 3 ulas bawang putih, dah garing dan naik bau masukkan stok rebusan daging 1 cawan.

  • Campurkan air kosong dalam 2-3 cawan, kalau suka boleh masukkan semua air rebusan daging.

  • Masukkan sos tiram, kicap dan daging ke dalam kuah.

  • Apabila kuah dah mendidih masukkan sayur keras dahulu, masukkan lobak merah, batang sawi dan cili padi 4-5 tangkai.

  • Masukkan lada hitam. Apabila kuah sudah mendidih baru masukkan mee satu bungkus.

  • Perasakan dengan garam dan gula, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

  • Apabila mee hampir masak, masukkan urat keting yang sudah dimasak.

  • Masukkan sayur sawi, kacau sedikit dan tutup api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Wan N

    Recent Posts

    Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

    Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

    2 days ago

    Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

    Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

    2 days ago

    Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

    Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

    2 days ago

    Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

    Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

    2 days ago

    Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

    Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

    2 days ago

    Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

    Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

    2 days ago