Minyak sapi atau dipanggil ‘ghee’ bukan saja sering digunakan untuk membuat biskut, malah ia boleh digunakan untuk memasak aneka hidangan. Baunya memang sangat wangi apabila ditumis atau dibakar dalam oven.
Selain minyak zaitun dan unsalted butter, ibu-ibu juga boleh menggunakan minyak sapi ini untuk memasak makanan bayi kerana dikatakan lebih sihat berbanding minyak dan mentega.
Di samping itu, ia bukan saja dapat menyedapkan makanan, malah memiliki pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Mari kita sama-sama baca perkongsian di bawah untuk mengetahui apa khasiat tersebut.
Baca juga: Khasiat Air Nasi Atau Rebusan Beras Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Boleh Jadi ‘Ubat’
KHASIAT MINYAK SAPI
1. Mengurangkan risiko 3 penyakit ini
Minyak sapi kaya dengan asid linoleik terkonjugasi. Terdapat kajian menyatakan bahawa, bahan ini mungkin dapat memberi manfaat terhadap penyakit seperti kolestrol tinggi, kanser dan obesiti. Sekaligus ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut.
2. Mengurangkan keradangan usus
Ghee kaya dengan kandungan asid butirik iaitu sejenis asid lemak. Bahan ini boleh meningkatkan sistem pencernaan manusia selain dapat mengurangkan keradangan.
3. Mempunyai kandungan vitamin A
Kandungan vitamin A dalam ghee sekaligus membantu anda meningkatkan pengambilan vitamin A. Ia amat penting kerana dapat mengekalkan kesihatan kulit, mata, fungsi imun badan dan lain-lain lagi.
4. Mengelakkan risiko penyakit jantung
Ghee ini juga kaya dengan asid lemak omega-3. Ia dapat membantu mengurangkan keradangan sekaligus memberikan perlindungan daripada penyakit jantung.
KESAN JIKA AMBIL BERLEBIHAN
Walaupun ia mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan manusia, anda disarankan mengawal pengambilan ghee kepada satu atau dua sudu sahaja dalam sehari. Selain itu, jangan panaskan minyak sapi pada suhu yang tinggi kerana kolestrolnya akan teroksida.
Kolestrol yang teroksida sering dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa penyakit, termasuklah penyakit jantung. Oleh itu, anda perlu menghadkan pemgambilan harian dan elakkan guna pada suhu yang tinggi.
Sumber: Hello Doktor
Baca juga: Murah Tapi Banyak Manfaat, Ini Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu