khasiat jus ubi bit

Rupanya ada banyak khasiat jus ubi bit yang ramai tidak tahu. Jenis ubi ini sangat mudah untuk didapati di Malaysia. Jadi, sangatlah rugi jika anda tidak memanfaatkannya.

Selain dibuat jus, ia juga sering digunakan di dalam lauk pauk, kuih muih ataupun salad. Anda hanya perlu merebusnya sebelum diminum.

Untuk mengetahui cara penyediaannya yang lengkap, mari ikuti perkongsian oleh Puan Aida Hirdayati di bawah.

Baca juga: Asyik Terbeli Yang Masam? Ini Tips Nak Pilih Buah Kiwi Manis & Segar

RESIPI & KHASIAT JUS UBI BIT

Bahan-bahan:

  • 1/3 ubi bit merah

Cara-cara:

1. Potong ubi bit kepada suku bahagian saja untuk sekali minum. Cuci bersih dan buang kulit.

khasiat jus ubi bit

2. Kemudian, rebuskan ubi bit sekejap sahaja. Apabila dah mendidih, boleh terus angkat. Tak perlu menggelegak lama.

3. Buang air rebusan, ambil ubi sahaja dan masukkan ke dalam blender. Masukkan air mengikut kuantiti yang disukai. Kisar sehingga hancur.

4. Apabila sudah siap kisar, tapiskan air dan sedia untuk diminum. Tak perlu letak gula.

khasiat jus ubi bit

Berikut merupakan khasiat ubi bit:

  • Kaya dengan pelbagai nutrien
  • Rendah kalori tetapi tinggi vitamin dan mineral
  • Boleh membantu menurunkan tekanan darah
  • Bersifat anti radang
  • Membantu menurunkan paras gula
  • Berpotensi mencegah kanser
  • Baik untuk sistem penghadaman
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Sumber: Aida Hirdayati

Baca juga: Masam Masam Manis Buah Oren Rupanya Ada 12 Khasiat Ini, No. 5 Itu Paling Ramai Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN