Lobak putih terkenal sebagai sayur terbaik untuk orang berpantang. Namun ia bukan sekadar sayur biasa-biasa, banyak sangat khasiat lobak putih yang boleh kita dapat jika amalkan.
Kali ini, kami kongsikan khasiat lobak putih untuk kesihatan, kecantikan dan diet. Setelah mengetahuinya, pasti anda bersemangat untuk masukkan lobak putih dalam menu harian.
Baca juga: Bukan Sekadar Buah Saja Sedap, Rupanya Air Rebusan Daun Durian Belanda Ada 7 Khasiat Tersembunyi
1. BANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN
Lobak putih kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang bagus untuk pertahanan tubuh. Apabila imun badan kuat, kuranglah risiko nak kena selsema, batuk atau jangkitan lain. Selain tu, ia juga ada vitamin B, E dan potasium yang bantu tubuh lebih sihat secara menyeluruh.
2. RAHSIA BANYAKKAN SUSU BADAN
Orang dulu-dulu memang percaya sup lobak putih boleh merangsang penghasilan susu ibu. Walaupun tak banyak kajian saintifik yang sahkan, tapi sebab ia penuh nutrisi dan tak memudaratkan, tak salah pun cuba jadikan menu tambahan waktu berpantang.
3. MELEGAKAN PERUT SEMBELIT DAN BUASIR
Masalah perut tak lawas memang buat kita rasa tak selesa. Jangan risau, lobak putih tinggi serat dan hampir 30% komposisinya adalah serat. Jadi apabila amalkan, sistem penghadaman lebih lancar dan usus pun dapat berfungsi dengan baik.
4. BAIK UNTUK BUAH PINGGANG DAN KENCING TAK LAWAS
Minum jus lobak putih katanya boleh bantu bersihkan organ dalaman, termasuklah buah pinggang. Kandungan antimikrob di dalamnya juga dikatakan dapat kurangkan masalah kencing tak lawas dengan cara lawan bakteria jahat.
5. KULIT CANTIK DAN AWET MUDA
Selain lobak merah, lobak putih juga ada vitamin A yang penting untuk kulit, rambut dan kuku. Ia boleh mengurangkan masalah kulit kering, jerawat, pigmentasi dan tona tak sekata. Ditambah pula dengan vitamin C yang bantu hasilkan kolagen, kulit jadi lebih tegang dan lambat nampak tua.
6. KURANGKAN GEJALA SELSEMA
Jika tengah demam atau selsema, lobak putih boleh dijadikan salah satu penawar semula jadi. Ini sebab ia mengandungi bahan yang bersifat antibiotik semula jadi, membantu tubuh lawan jangkitan dengan lebih baik.
7. MENYOKONG KESIHATAN SENDI
Osteoartritis atau sakit sendi memang selalu jadi masalah apabila umur meningkat. Antioksidan dalam lobak putih boleh bantu kurangkan keradangan, manakala vitamin C pula penting untuk pembentukan kolagen dalam tulang rawan.
8. ADA SIFAT ANTI-KANSER
Lobak putih mengandungi fitokimia seperti falcarinol dan falcarindiol yang dipercayai boleh kurangkan risiko beberapa jenis kanser, contohnya barah usus, paru-paru dan payudara.
9. BANTU MENGAWAL BERAT BADAN
Nak diet tapi cepat lapar? Cuba amalkan lobak putih. Ia rendah kalori, tinggi serat dan buat perut rasa kenyang lebih lama. Jika ganti minuman manis dengan jus lobak putih, pasti lebih cepat nampak hasilnya.
10. BANTU MEMECAHKAN BATU KARANG
Lobak putih juga terkenal sebagai sayur yang bersifat diuretik, maksudnya ia merangsang pembuangan air kencing. Dengan kandungan potasium yang tinggi, ia dikatakan mampu bantu melarutkan batu karang dan mengelakkannya daripada terbentuk semula.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Sirap Limau
Baca juga: 6 Kegunaan Bawang Putih Untuk Halau Haiwan Perosak Di Rumah, Gerenti Tak Berani Dekat!
Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…
Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…
Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…
Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…
Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…
Balik kerja dalam keadaan penat, mestilah nak masak sesuatu yang mudah dan cepat. Sebab itu,…