Categories: Informasi

Rupanya Lain Warna Anggur, Lain Juga Khasiatnya – Yang Hijau, Hitam & Merah Semua Ada Kelebihan Tersendiri!

Buah anggur merah, hijau dan hitam memang antara yang sering jadi kegemaran ramai. Rasanya manis, segar dan boleh dinikmati begitu sahaja ataupun dijadikan jus, pencuci mulut, serta bahan dalam masakan.

Tapi, tahukah anda bahawa khasiat anggur juga berbeza mengikut warnanya? Setiap satunya ada manfaat tersendiri yang baik untuk kesihatan tubuh. Oleh itu, mari kita lihat satu persatu apakah manfaat kesihatan anggur mengikut warna.

Baca juga: Rahsia Simpan Buah Lemon Agar Tahan Lama, 3 Bulan Pun Kekal Segar Macam Baru Beli!

ANGGUR MERAH, HIJAU DAN HITAM, SETIAP  WARNA ADA MANFAAT TERSENDIRI!

Khasiat Anggur Hijau

Anggur hijau terkenal dengan rasa yang manis masam serta teksturnya yang rangup. Selain sedap dimakan begitu saja, ia juga kaya dengan nutrisi yang membantu:

  • Mencegah diabetes dengan mengawal kadar gula dalam darah.
  • Mencegah dan merawat anemia kerana kandungan zat besinya.
  • Menurunkan paras kolesterol dalam badan, sekali gus baik untuk jantung.

Khasiat Anggur Hitam

Anggur hitam pula lebih kaya dengan antioksidan berbanding jenis lain. Warna gelapnya menandakan kandungan flavonoid yang tinggi. Antara manfaatnya ialah:

  • Menguatkan tulang, gigi dan rambut supaya lebih sihat dan kuat.
  • Meningkatkan penghasilan hemoglobin dan hormon penting yang menyokong fungsi badan.

Khasiat Anggur Merah

Anggur merah bukan saja enak, malah banyak khasiat tersembunyi untuk kesihatan. Antara kebaikannya termasuk:

  • Mengurangkan keletihan dan membantu menambah tenaga.
  • Membantu melegakan asma kerana sifat anti-radangnya.
  • Mencegah pembentukan katarak, sekali gus menjaga kesihatan mata.

Tak kira anggur hijau, hitam atau merah, setiap satunya ada manfaat yang berbeza dan baik untuk tubuh. Jadi, selepas ini bolehlah anda pilih warna anggur bukan sekadar ikut selera, tetapi juga ikut keperluan kesihatan. Jadikan buah anggur sebagai snek sihat harian, sama ada dimakan begitu saja atau dijadikan jus segar!

Sumber: Seismik Makan

Baca juga: Tip Elak Terbeli Buah Oren Masam, Ini Cara Pilih Yang Betul-Betul Manis!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

2 days ago