Categories: Makan Sini Best

Siapa Juara Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang? 5 Finalis Ini Perlukan Undian Anda!

Selepas fasa pertama kempen Makan Sini Best oleh MyResipi berlalu Ogos lalu, lebih 100 respon diterima oleh pembaca yang mencalonkan kedai nasi lemak kegemaran mereka.

Hasilnya, lima jenama nasi lemak paling popular yang mendapat jumlah pencalonan tertinggi berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran “Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang”.

Baca Juga: Resipi Warisan, Sambal Pekat & Bungkus Daun Pisang Jadi Tarikan Nasi Lemak Tok Ami

Baca Juga: Dulu Digelar Jambatan Ikonik, Kini Nasi Lemak Tamparuli Terus Jadi Kegemaran di USJ

5 Finalis Nasi Lemak Paling Best

Nasi Lemak Yam Yam – Tarikan utama terletak pada sambalnya yang pedas & masin seimbang, tidak terlalu manis, dengan nasi wangi beraroma jintan manis.

Nasi Lemak Saleha – Terkenal dengan nasi yang suam, rasa kaya, sambal ‘just nice’, serta lauk rendang ayam yang buat ramai pelanggan kembali lagi.

Nasi Lemak Village Park – Ayam goreng berempah rangup di luar, lembut berjus di dalam, dipadankan dengan nasi santan segar gabungan beras basmati dan biasa untuk tekstur ringan dan harum.

Nasi Lemak Tamparuli – Dibalut daun pisang dengan nasi lemak santan wangi, sambal tumis pekat dan lauk pelengkap seperti ayam goreng berempah & paru sambal yang memang mencurah selera.

Nasi Lemak Tok Ami – Keistimewaan pada sambalnya yang dimasak hampir 8 jam hingga pekat, dibungkus daun pisang dengan resepi turun-temurun, portion banyak dan harga berpatutan.

🗳 Undi Nasi Lemak & Tentukan Juara!

Undian kini dibuka hingga 7 Oktober 2025 di laman mikro rasmi myresipi.com/makansinibest.

Anda juga bukan saja boleh mengundi nasi lemak kegemaran, tetapi melihat profil kelima-lima finalis, membaca kisah mereka dan menonton video menarik tentang keistimewaan nasi lemak masing-masing.

“Undian daripada rakyat Malaysia adalah kunci untuk menobatkan juara sebenar. Ini peluang kita meraikan pengusaha tempatan yang setiap hari menghidangkan nasi lemak terbaik mengikut cita rasa komuniti,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama REV Media Group.

MyResipi Nak Belanja Makan!

Tak cukup dengan undi, MyResipi turut mengadakan peraduan slogan di Facebook.

Dua pemenang bertuah yang memberi alasan paling meyakinkan akan diraikan di gerai pemenang bersama seorang rakan, selain membawa pulang hadiah menarik seperti Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona European Rose Tableware Set.

Untuk menyertai peraduan ini, anda cuma perlu:

  1. Sambung ayat ni… “MyResipi kena belanja saya dan seorang kawan makan Nasi Lemak di kedai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang kerana…” di hantaran peraduan Facebook MyResipi
  2. Tulis ayat paling padu, lawak, sweet atau penuh semangat berserta hashtag #MakanSiniBest. Asalkan kreatif!
  3. Tag sekali seorang kawan yang anda nak ajak makan tu!
  4. Jangan lupa Like, Share post ni dan pastikan profile dalam mod public!

Cepat tulis komen anda kerana tarikh tutup penyertaan adalah 30 September 2025!

🎉 Acara Mini “Makan Sini Best” – 9 Oktober 2025

Kempen ini akan mencapai kemuncaknya pada Khamis, 9 Oktober 2025 melalui acara mini khas di kedai juara terpilih nanti. Pengunjung boleh menikmati:

  • 100 nasi lemak percuma untuk pengunjung terawal

  • Produk tajaan daripada Sunshine Bakeries Malaysia & ZUS Coffee

  • Pelanggan ke-50 akan membawa pulang LE NONA Tropical Orchid Tableware Set

  • Peluang berjumpa vendor pemenang secara langsung

Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Undi sekarang di myresipi.com/makansinibest dan datang beramai-ramai pada 9 Oktober untuk meraikan wira nasi lemak pilihan anda.

Ikuti MyResipi di Instagram, Facebook & TikTok (@myresipi) untuk kemas kini terkini dan konten eksklusif di sebalik tabir.

Baca Juga: Nasi Lemak Village Park Jual 10,000 Bungkus Sehari, Rahsia Sedap Terletak Pada Ayam Goreng Crispy & Nasi

Baca Juga: Ramai Sanggup Beratur Demi Nasi Lemak Saleha Ampang, Nasi Lemak Terbaik Pilihan Ramai

Shaifullah

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

2 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

3 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

4 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

5 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago