Categories: Resipi

Cara Buat Kuih Kaswi Yang Lembut Bergedik, Ikut Sukatan Macam Ini Confirm Menjadi!

Kuih tradisional seperti kaswi gedik memang digemari ramai kerana manisnya yang sederhana dan teksturnya yang lembut. Kuih ini sesuai dijadikan sajian minum petang atau untuk jamuan keluarga.

Selain rasanya yang sedap, kaswi gedik juga mudah dibuat di rumah. Bahan-bahannya ringkas sahaja dan cara memasaknya tidak renyah. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak cuba buat kuih tradisional sendiri.

Baca juga: Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok!

RESEPI KUIH KASWI GEDIK

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah (guna serbuk gula merah yang gelap)
  • 1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan jika nak kurang manis)
  • 5 cawan air masak
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu makan air kapur
  • Kelapa putih parut secukupnya, gaul dengan sedikit garam (untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Masukkan gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut sepenuhnya, kemudian sejukkan.
  2. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur dalam mangkuk.
  3. Tuangkan air gula merah yang telah sejuk ke dalam tepung, kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang telah dialas plastik atau disapu sedikit minyak.
  5. Kukus selama 30–40 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  6. Biarkan sejuk, kemudian potong-potong kaswi dan gaul dengan kelapa putih parut yang telah dicampur sedikit garam.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Norhaslizawaton Eton

Baca juga: Resipi Lepat Liat Nostalgia Utara, Kuih Tradisi Liat Manis Yang Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago