
Buah anggur merah, hijau dan hitam memang antara yang sering jadi kegemaran ramai. Rasanya manis, segar dan boleh dinikmati begitu sahaja ataupun dijadikan jus, pencuci mulut, serta bahan dalam masakan.
Tapi, tahukah anda bahawa khasiat anggur juga berbeza mengikut warnanya? Setiap satunya ada manfaat tersendiri yang baik untuk kesihatan tubuh. Oleh itu, mari kita lihat satu persatu apakah manfaat kesihatan anggur mengikut warna.
Baca juga: Rahsia Simpan Buah Lemon Agar Tahan Lama, 3 Bulan Pun Kekal Segar Macam Baru Beli!
ANGGUR MERAH, HIJAU DAN HITAM, SETIAP WARNA ADA MANFAAT TERSENDIRI!

Khasiat Anggur Hijau
Anggur hijau terkenal dengan rasa yang manis masam serta teksturnya yang rangup. Selain sedap dimakan begitu saja, ia juga kaya dengan nutrisi yang membantu:
- Mencegah diabetes dengan mengawal kadar gula dalam darah.
- Mencegah dan merawat anemia kerana kandungan zat besinya.
- Menurunkan paras kolesterol dalam badan, sekali gus baik untuk jantung.
Khasiat Anggur Hitam
Anggur hitam pula lebih kaya dengan antioksidan berbanding jenis lain. Warna gelapnya menandakan kandungan flavonoid yang tinggi. Antara manfaatnya ialah:
- Menguatkan tulang, gigi dan rambut supaya lebih sihat dan kuat.
- Meningkatkan penghasilan hemoglobin dan hormon penting yang menyokong fungsi badan.
Khasiat Anggur Merah
Anggur merah bukan saja enak, malah banyak khasiat tersembunyi untuk kesihatan. Antara kebaikannya termasuk:
- Mengurangkan keletihan dan membantu menambah tenaga.
- Membantu melegakan asma kerana sifat anti-radangnya.
- Mencegah pembentukan katarak, sekali gus menjaga kesihatan mata.
Tak kira anggur hijau, hitam atau merah, setiap satunya ada manfaat yang berbeza dan baik untuk tubuh. Jadi, selepas ini bolehlah anda pilih warna anggur bukan sekadar ikut selera, tetapi juga ikut keperluan kesihatan. Jadikan buah anggur sebagai snek sihat harian, sama ada dimakan begitu saja atau dijadikan jus segar!
Sumber: Seismik Makan
Baca juga: Tip Elak Terbeli Buah Oren Masam, Ini Cara Pilih Yang Betul-Betul Manis!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














