cara simpan buah lemon

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah cara simpan buah lemon yang betul supaya tahan lebih lama. Buah ini memang serba guna. Ada yang guna untuk buat minuman detoks, campur dalam air kosong dan penambah rasa dalam masakan.

Tapi masalah utama bila beli dalam kuantiti yang banyak, lemon cepat sangat kecut, kulit jadi keras dan dalamnya mula kering. Kalau simpan dalam beg plastik atau biar terbuka dalam peti sejuk, biasanya tak sampai sebulan pun lemon dah mula rosak.

Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan lemon tahan segar hingga 3 bula. Kaedah ini bantu mengekalkan kelembapan lemon, melambatkan proses kecut, serta menghalang pertumbuhan bakteria.

Baca juga: Cara Simpan Air Kelapa Supaya Tak Cepat Masam & Berbau, Confirm Rasa Segar Kekal Lama!

CARA SIMPAN BUAH LEMON SUPAYA TAHAN LAMA SEHINGGA 3 BULAN

cara simpan buah lemon

Berikut merupakan cara simpan lemon supaya tahan lama dan kekal segar:

  1. Sediakan balang kaca yang bersih dan ada penutup rapat.
  2. Masukkan lemon ke dalam balang tersebut.
  3. Isikan air hingga menenggelamkan semua lemon.
  4. Tutup rapat balang supaya air tidak tercemar.
  5. Simpan dalam peti sejuk dan tukar air setiap 2 hingga 3 minggu sekali.

Dengan cara ini, lemon kekal segar dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Selain jimat duit, ia juga dapat mengurangkan pembaziran makanan.

Sumber: Facebook

Baca juga: Rahsia Telur Rebus Licin Sempurna, Ikut Petua Ini Barulah Senang Nak Kupas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN