Biasanya kita dengar orang buat dalam versi bakar, tapi kali ini kami telah jumpa resipi Kek Red Velvet Kukus yang pasti membuatkan anda tertarik untuk mencubanya di rumah.
Kek Red Velvet disukai ramai kerana teksturnya yang lembut serta lemak berkrim bersama adunan mentega dan buttermilk yang membuatkan sesiapa saja melihatnya pasti terliur.
Jika tiada oven di rumah atau tak boleh digunakan kerana rosak, anda boleh ikut resipi Kek Red Velvet Kukus yang dikongsikan oleh Noor Nira di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Pisang Simple Guna Periuk Nasi, Lembut Begini Mesti Sedap!
RESIPI KEK RED VELVET KUKUS
Bahan A:
- 2 cawan tepung superfine
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil garam halus
Bahan B:
- 1½ cawan gula aising
- 1 cawan minyak jagung
- 2 biji telur gred A
- Esen creamy vanilla
- Pewarna bright red
Bahan C:
- 1 cawan susu segar + 2 sudu besar cuka (Buttermilk)
- 2/3 cawan air panas
Topping padu cream cheese:
- 500gram cream cheese tartura
- 1 cawan susu pekat manis F&N
- Esen creamy vanilla
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, satukan bahan A dengan menggunakan whisk sehingga sebati, kemudian ketepikan dahulu.
2. Selepas itu, guna bekas lain dan mix bahan B sampai kembang.
3. Kemudian, masukkan bahan A secara selang-seli dengan bahan C.
4. Sediakan loyang saiz 8 inci yang dilapikkan dengan kertas minyak atau disapu mentega.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
6. Bagi menyediakan topping, mix cream cheese, susu pekat manis dan esen creamy vanilla sehingga sebati.
7. Akhir sekali, boleh sapukan topping cream cheese yang padu di atasnya setelah kek sejuk, kemudian bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!
Setelah selesai membuatnya, kami yakin anda akan terkejut kerana hasil Kek Red Velvet Kukus ini sangat gebu dan lembut seperti baldu. Jika makan sekali, pasti ketagih lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Nira
Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu