kek pisang sukatan cawan

Resipi pencuci mulut yang boleh disukat dengan mudah seperti Kek Pisang sukatan cawan telah menjadi pilihan ramai untuk membuatnya di rumah sekarang.

Buat mereka yang menggemari kek, pasti takkan menolak untuk menikmati Kek Pisang yang terkenal dengan kesedapan bersama aroma pisang yang cukup menyelerakan.

Kek Pisang sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang di rumah. Selain itu, ia juga menjadi pilihan pencuci mulut yang sedap untuk sebarang jamuan.

Zuhaidar Mohd Sofi telah kongsikan resipi Kek Pisang sukatan cawan di Facebook yang hasilnya menjadi dan cukup mengagumkan. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini

RESIPI KEK PISANG SUKATAN CAWAN

kek pisang sukatan cawan

Bahan-bahan:

  • 5 hingga 7 biji pisang emas masak ranum
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula (jika nak manis)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat terlebih dahulu.

2. Selepas itu, kisar minyak masak, gula, telur dan esen vanilla sampai sebati.

3. Kemudian, lenyekkan pisang dengan menggunakan garfu (inilah tips bagi kek nampak urat pisang).

4. Seterusnya, masukkan semua bahan kisar ke dalam adunan tepung yang telah diayak tadi dan kacau-kacau dengan menggunakan senduk.

5. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau sampai sebati.

6. Selanjutnya, masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.

7. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 160ºC selama 45 minit (mengikut oven masing-masing). Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

kek pisang sukatan cawan

Setelah membuat resipi Kek Pisang sukatan cawan ini, kami yakin anda akan puas hati kerana bukan setakat hasilnya berurat cantik, malah lembutnya terasa nikmat.

Selamat mencuba!

Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi

Baca juga: Resepi Kek Pisang Simple Guna Periuk Nasi, Lembut Begini Mesti Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN